Pages

Tuesday, November 11, 2008

so sad : i did badly in my exam





Sukar betul aku nak menggambarkan perasaan mase ni, tadi exam soalan nak kate susa tak jugak tapi aku tak cukup mase untuk menjawab semuanyer. yang paling aku terkilan soalan esei 2b aku tak jawab satu point. I lost 2 marks there. Betape tertekannyer aku tadi, nak nagis ade, terketar2 tangan and kaki aku di saat-saat akhir tadi. da kua dewan pun, shaking lagi. Ade lagi 2 points kat bahagian struktur yang aku tak berapa yakin jawapannyer betul, tapi soalan tu sebenaranyer common sense saje. Tapi tak mustahil jawapan aku boleh di reject jika terlalu tak logik. tapi ntah la, speechless aku dibuatnyer. Jiwa ku hancur remuk....huhuhuhu...


Sunday, November 9, 2008

Sejarah diingatanku : MIG terhempas


Pada tarikh 9 November 2004, aku masih ingat sewaktu itu bulan puasa dan aku masih di tingkatan 4. Waktu ini, kami pelajar di SMART telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Walaupun sudah tiada kelas, aku tetap ke kelas seperti biasa. Pagi itu, aku seperti biasa menunggu bas bersama-sama Madihah kawan aku sejak kecil lagi. She was a birthday girl on that day.


Tiada apa yang luar biasa pada hari itu. Semua biasa sahaja, cuma bilangan pelajar di sekolah mula berkurangan dek sudah selesai peperiksaan. Hari itu juga, sebuah pesawat TUDM iaitu Mig-29N terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kemaman. Menurut berita pada malam itu, juruterbang pesawat terbabit telah keluar dari pesawat dengan menekan butang kerusi anjal dan usaha menyelamat maih di teruskan.


Beberapa hari kemudian, juruterbang tersebut berjaya ditemui tanpa mengalami kecederaan parah. Alhamdulillah. Hopefully, selepas ini, tiada lagi kemalangan sebegini yang amat merugikan aset-aset (juruterbang) negara.


my dreams









i wish to live at a countryside, a peace warm place...

near to the river, at somewhere classic...

in a hut, a thatched house nor a castle, surrounded by the forest nor the grassy field
animals, birds and insects singing happily...
such a nice view upon my eye opened...

snows in winter, leave fall in autumn, colourfull flowers in spring and sun shining brightly in summer...

when my skin touched...by the cold breeze nor the warm air,
like the silk brushing me softly...
at the time, i'm realize how wonderfull my dreams..



Saturday, November 8, 2008

Salam Exam







Mawar merah buatmu yg sedang syok study

Salam Exam,

Sekarang ni memang la aku paham, seme student IPT tengah duk struggle in their exam. Termasuklah aku sekali... M
emang penat...tu aku la.. fizikal n mentally. Sekarang ni aku da lepas satu paper major, tinggal lagi 3 major pada 10, 11, 12 Nov ni. Lagi 2 hari la nak start exam semula. Aku ni plak dalam pada tu, masalah kesihatan plak menganggu. Sakit silih berganti. Sekarang ni pening kepale. Aku tak nafikan, sejak dua menjak ni aku kurang makan nasi.. Ni aku tengah tunggu nasi masak la..


Lepas ni aku ingat aku nak sambung study semule, untuk KH n anatomy. Sebenarnyer aku agak risau pasal KH coz notes cam sikit sangat. Semacam jer. Lagi pulak bagi aku la, memang time KH n Anatomy both subjek tu memang aku sangt menumpukan perhatian dan menyalin setiap nota yang diberi. Tapi ntah la, aku yang memang dapat catch up subjek tu, or aku syok sendiri je blaja ni??? Kuang3x...


Mawar Biru buatmu yang tengah tension study,,,hehe


Ape ape pun, aku akan cuba lakukan yang terbaik bagi menaikkan lagi pointer aku. Insya-Allah, malam ni aku akan habiskan untuk subjek KH walaupun terpakse bersengkang mata sehingga lewat malam. And esok aku akan ulang kaji terkahir untuk anatomy n start recall on PJ.


p/s ; doakan aku yeah!!!!~~~
ku kirimkan bunga buat yang ku sayangi, student IPT yang tengah exam



Konvokesyen KakakKu



Assalamualaikum w.b.t..

Pada 20 Oktober yang lalu, adalah konvokesyen cik asie yang berlangsung di UPM. So, aku walaupun sepatutnya ade kuliah pada hari tersebut tetap tak melepaskan peluang untuk pergi. Lagi plak, kalau aku tak pi.. kiranyer mak n ayah aku jela yang datang. Cik Asie grad dalam course Microbiology, 2 upper class.

Seperti yang telah aku jangkakan, mak n ayah aku masuk dalam dewan jadinyer aku tercongok la sengsorang kat bawah khemah tu. Mujurlah, ada kerusi untuk duduk. Kalau tak mau angin aku berjam2 nak berdiri. Kat bawah khemah tu pun tak ramai orang. Dieorang masuk dalam jam 8 pagi. Aku pun start la duk tengok tv kat khemah tu.

Dalam pada tu, aku tengok ramai orang bawak bunge..hehe..aku pun ape lagi nak pi beli jugak la. Tapi yang tak bestnyer, aku tertinggal wallet dalam keter. And locationnyer bley tahan jauh jugak la dari dewan tu. Dengan kasut tumit, aku pun berjalan la...nak wat camner. Kalu tunggu mak aku kua, sure time tu para graduan len pun tengah bersesak sesak.

Nak pilih bunga pun satu hal jugak...sepanjang2 stalls yang ade tu, susah betul aku nak pilih bunga yang banyak, lawa n murah. Mahal2 la bunga situ, standard convo la. semenyer 20 above.. sebenarnye aku tak berapa suke beli bunga sebab bunga ni layu tak tahan lama. Jadi aku pun beli la jugak teddy bear kecik yang mura2 jer. Tapi bunga still kene beli sebab tu penyeri dalam gambar nanti.

Disebabkan duk lama sangat memilih bunge n plus aku pi grooming dulu, aku terlepas tengok time cik asie amik degree. Tapi tak kisah pun. Tunggu punya la tunggu, jam 11.30 dieorang pun selesai mengambil degree. Crowded memang tersangat la kay lua dewan tu, nak amik picture pun susa. Terpakse cari spot yang jauh sikit.


Guess..sape yg grad ni!!!

Memang syok giler2 la amik gambar, aku pun ape lagi. tak ingin la melepaskan peluang bergaye bersame jubah cik asie tu. Lame skit tu, mak cik aku datang tapi sekejap je coz die ader kerjer len plak. Nak pi amik tesis die. Nak kul 1, aku tersangat la lapar. pagi tu aku just makan roti n air jer. Tak selere sangat nak makan pagi2...

Part petang lak, kami pi amik gambar studio kat blakang dewan tu. Time tu da tak ramai orang. Lege la sikit...Memandangkan hari da petang n semua pun da penat. Aku mak n ayah pi la balik n cik asie stay la kat situ. Wassalam,,,

p/s ; 3 tahun lagi turn aku la plak, hopefully BPG wat kat PICC. Baru mantap, syok amik pic kat tempat elegan lagi cun viewnyer...ehehe


Saturday, October 18, 2008

pLaces of plEasure... ( 1 )


These are pictures some of my places of interest which i would like to go... they have their own attraction... actually there are others place i like...but the rest i will show next time.. these are more specific to building


eiffel tower


the great wall


the leaning tower of Pisa


the tower of London


the statue of liberty

Tuesday, October 14, 2008

amali sem 2


assalamualaikum w.b.t...


Hari ni aku baru saje selesai menjalani ujian amali yang bermula semalam.. hari ini permainan kanak-kanak yang dijalankan secara berkumpulan manakala semalam amali pergerakan asas secara individu... before this kami kene buat paper works for both amali... mark for each paper work is only 10%...but we was really struggle to finished them... bagi aku paper work ok... but not really satisfied with the practical.. nak kata confident boleh dapat A tu mungkin... tapi aku still tak puas hati dengan my performances... cam kurang latihan and ntah la... nak cakap pun susa... tapi tu jela yang terbaik aku mampu lakukan setakat semalam and tadi... akan datang aku akan cuba improve to get better... tapi ati aku memang sedikit distracted la, buat mase ni... tension ade... pressure pun ade... lagi lak bile duk memikirkan untuk tingkatkan pointer or at least maintain the result... plz pray for me k...luv u all...

Yang aku paling suke mase ujian amali kumpulan ni... keempat4 kumpulan dalam klas aku memberikan kerjasama yang amat baik dalam membantu sesama classmates... memang best la... kami da plan awal2...tak best pun cakap best... tak happening pun cakap jela happening....uhuhuhuhuhu.... lawak la...

So far ni aku tak dapat lagi nak upload pics coz aku tak amik lagi dari members..

Saturday, October 4, 2008

hari raya idul fitri





my lovely family in pagi raya


assalamulaikum w.b.t...

Alhamdulillah dah selamat merayakan 1 Syawal 5 hari yang lalu.... busy jugak la cuti ni wat persiapan raya... kat umah aku kami memang da siap awal2 lagi... satay pun tempah jer, ketupat lak beli yang segera.. ada la yang dibuat sikit2 cam tapai, kuah ketupat ngan ketupat palas... banyak tul makanan...


with my ayah

Di pagi raya, baru la kami sibuk2 nak bakar satay yang diambil semalam. Tak banyak dalam 200 batang jer, tapi memang puas la makan. Sampai ke esoknyer tak jugak habis2... Pagi tu, aku pi semayang raye ngan ayah...hehe, sebenarnyer aku tak paham sangat khutbah tue.. heheheh...
lepas balik sembahyang raya, aku pun makan n beraya2 la di rumah sendiri... kami tak pergi jalan2 pun.. jiran aku pun balek kg die jap... ade la sedara mara aku yang bertandang ke rumah... macam biasa la setiap tahun pun gitu... seme pun aktiviti rutin jer... kami tak pi ziarah kubor hari tu, mungkin pada masa lain... besenyer kalu pi, ziarah kubor arwah wan aku, cousin n beberapa sanak saudara lain...


both pics with my sis



Friday, September 5, 2008

part 3... last




duk menaip braiile

Yang paling best kat sini adalah aku belajar menggunakan Braille...memang excited la blaja.. cam tak nak lepas dari Braille...kami siap fotostat lagi buku panduan pengajaran Braille... memang best sangat bile dapat menghafal kod2 asasnya... bley la sedia sebelum belajar yang lebih complicated. hampir setiap hari kami akan blaja menaip macam perkataan dan ayat... hehehe...thanks pada mereka2 yang mengajar aku... termasuklah students situ sendiri...


ari last : 1st time aku duduk barisan depan

Kat sini ader seorang murid yang sangat menarik, namanya Syawal. sebenarnyer die ade masalah kesihatan sejak lahir. memang majoriti murid totally blind adalah jenis congenital and heredity. Both mum n dad totally blind but Alhamdulillah murid tersebut hanya mengalami low vision... berbalik kepada Syawal tadi.. die ni dalam umur 8 tahun... banyak mulut tul.. cara cakap macam orang dewasa... die ni rupenyer duk Beserah... dari bahasa conversationnyer, aku bley agak family die memang asal Beserah... coz kiteorang Beserah ikut slang Terengganu... aku agak kat rumah, parents die slalu ajar and expose die with the environment... sebab tu la die banyak tahu tentang alam sekitar cam bunyi-bunyi... derie bau die pun bagus...





comment aku tentang kognitif kanak-kanak kat sini :

majority kanak-kanak kat sini ada masalah dalam pelajaran, mereka sedikit 'lambat' belajar... ini aku kira disebabkan kekurangan mereka dari segi penglihatan... tapi kalu ader PnP yang baik, dieorang tu bley pergi lebih jauh...yang macam tak betul sikit pun ader...sorang jer kot... aku pun naek takut dengan budak nie,,,akritu die pernah cakap, lepas skolah die nak balik umah die... kire nak fly dari asrama la.. dah la umah kat Pekan.. bahaye tul. nasek bek la esok tu die wujud lagi kat skola tue,,, cuak aku...



ni Cikgu Diyana, Insya-Allah garang berpada2


comment tentang cikgu lak :

erk..... garang siot cikgu kat sini. Bukan la niat aku nak cakap belakang, tapi bagi aku la tak patut garang macam tu skali. Mentang2 la budak-budak tu buta, tak patut la sampai nak pukul... dieorang tu tak sedar ke yg murid2 tu ader kekurangan, padahal dikalangan cikgu2 yang garang tu pun ader yang buta and rabun... suke2 ati pi pukul... kene heart attack budak2 tu kang baru tau... di sini aku memang snagat la terkejut... tak sampai ati gak la aku tengok... kalu la aku da posting kat situ, even aku cikgu baru rasenyer tak teragak2 agak aku nak menegur... member2 aku yang lain pun shock gile... kesian la aku kat dieorang... kalu budak normal pun tak patut, ni ape lagi ngan udak2 buta... tapi tak nah la plak dieorang ni nangis... tapi ati die sakit sape tau... tapi sorang cikgu buta tu memnag hebat arrr... 1st die tau ader orang tengah blaja Braille, 2nd die tau aku and Anez yang tengah blaja tue... memang betul la cikgu nie...


Disaat-saat dah nak abis PBS, memang kami rasa berat hati angat nak tinggalkan skola... rase cam nak wat praktikal kat sini nanti... Blum parting lagi da rase rindu... syok sangat ngan dieorang... kalu bley nak jumper ngan dieorang lagi... sebelum balik kami sempat la berterima kasih dan bersalaman dulu ngan die orang dan mengambil gambar bersama2... kami pulang dengan berat hatinya...


Wassalam...Miss RESOS SKIM

25 - 29 Augt yang teristimewa ; More tHan wOrd cAn sAy part 2



sebelum senaman pagi

Tugasan kali ini sedikit relaks sebab selepas dapatkan mr, kami hanya perlu obseve subject yang dipilih.. sambil2 tu kami bermesra2 alam la ngan budak2 lain juga. Kat sini boleh dikira macam satu family. sebab kelas ni kecil jer... dalam satu tempat... aku suka sangat tengok murid2 kat sini yang memang saling tolong menolong antara satu sama lain. budak2 low vision akan membantu murid2 totally blind terutamanya untuk bergerak.. satu pagi tu, mase aku dan Anez berjalan nak ke kelas, aku tengok Tasya dengan beberapa budak lagi di public phone.. rupenyer Tasya tolong kawan-kawan dia mendial parents dieorang... Aku amat impress la... More than word can say...hehe



Antara aktiviti aku kat sini adalah mengajar seorang kanak-kanak totally blind yang sangat bijak... nama die salwa... die suke suruh aku tanyer die perkataan dalam bahasa Inggeris dan die akan menaip dengan menggunakan Braille perkataan2 tersebut... aku lak suka melayan die... Aku terkejut sangat die sangat bijak... seme perkataan die tau... member2 aku yang len pun terkejut bangat... aku tanyer die sape ajar BI? die cakap " cikgu Suzi yang ajar"... aku ader la jugak ajar die perkataa2 baru macam Rantai, Cincin dan banyak lagi...



duk ngaja Salwa Braille : kalau die student aku, aku latih dia cukup2



Esoknyer... aku tanyer balik perkataan yang aku ajar semalam... memang sangat2 bijak budak nie... die boleh ingat... sebab tu la orang selalu cakap, orang buta ni terang hati dan mudah menghafal... mase aku ajar die ni, aku bagi la juga puji-pujian sebagai peneguhan positif... aku tengok salwa ni da mula senyum n ketawe ngan aku... heheh...Bagus2!!! ader satu kali tu, aku tanyer die sape ajar BI lagi, bukan per sebab aku memang impress sangat dengan kebolehan die... Gelak sakan aku bile die cakap " CIKGU DIYANA AJAR..." huhuhu.... gembiranya aku...




Thursday, September 4, 2008

SALAM RAMADHAN






More RAMADHAN graphics

25 - 29 Augt yang teristimewa ; More tHan wOrd cAn sAy

before sambutan kemerdekaan

Da nak seminggu aku abis pbs di SK Indera Mahkota... arini baru aku nak start tlis pasal PBS.. dalam banyak2 post, aku paling suker post aku yg ini


Pengalaman PBS ni memang best sangat, aku dapat kenal dengan lebih dekat lagi kanak-kanak with visual impairment... kat SKIM ni ader yang totally blind and low vision. But the majority is low vision...
Ok, let me ceriter dulu... summary jela.. coz banyak sangat bende yang menarik blaku tiap ari, sampai aku da lupe tarikhnyer...lagi lak aku tak catat, coz everyday balik umah...penat sangat..
.

1st day, awal2 pagi tu ader assembly..1st time aku attend assembly as a teacher.. hehe, pendek jer masa perhimpunannya...
abis tue kiteorang kene knlkan diri... bersemangat2 cikgu2 kat situ tumpu kat kiteorg. aku ingat aku sorang je sedar, anez pn samer.. antara yang aku tak luper mase 1st day ni, kene susun kertas soklan untuk bdk UPSR... sampai kebosanan tahap cipan kami nih...



depan skim


PBS kali ni untuk assignment PK anatomi mata & masalah penglihatan... kami kene pilih seorang subject low vision sebaiknyer dan dapatkan medical reportnya beserta diagnosis... and then, kami kene membuat pemerhatian sepanjang 5 hari ke atas pelajar tersebut...

Susah betul nak pilih subject yang terbaik supaya assignment nanti bagus... ader yang medical report aku memang tak paham... ader seorang yang agak menarik, tapi mr die cam tak braper ok... bley lak dr wat die
buta... tak paham aku... tapi aku pilih gak si hanif nie coz ade banyak jugak benda yang aku bley observe...


si hanif ni duk tiru si tansya : da kene ketok kepala


Di sini aku berkenalan dengan ramai insan2 istimewa yang memang ramah2 belaka... sorang dua je yang agak pendiam... memang banyak la mulut sorang2..petah sungguh berkata-kata, tak puas berborak...lawak pun ader... kami berempat melayan je budak2 nie... tapi kalu tak stop... sampai malam pun tak abis lagi...


ni subject aku, naik segan aku ngan cikgu2 len budak2
asyik tanyer jawapan exam


Kebetulan, masa kami kat sini... dieorang tengah exam... tapi nonsence skit r... exa, jadi cam latihan biase jer... budak2 ni asyik pi tanyer cikgu... kiteorang ni pun die sibuk tanyer... mase dieorang way paper Mate tue aku nak ajar tapi segan lak kalu cikgu dieorang nampak... nanti kang cikgu2 situ plik asal tetibe lak bdk2 sini jadi bijak2...heheh... tapi memang macam latihan bese la jadinyer...



Wednesday, July 30, 2008

my 1st Date with BF : I'm not single



Aku ngan bf da plan nak pi tengok I'm not single ari khamis lepas... Alhamdulillah, seperti yang dirancang kami pun pi la kat Mid. memang cadang nak shopping kat sane trus.. maklumlah baru dapat durian runtuh...

aku ngan bf pi nek komuter, yg menarinyer mase nek lrt dari Cheras to Tasik selatan tak da sorang pun dalam tren.. sepanjang2 gerabak tue ader aku, bf ngan sorang sis India... da la panas, tok nyer pasang semer aircond...

movie kiteorang kul 5 ptg, sampai tu awal lagi... pusing2 la sikit n draw duit... kiteorang share beli pop corn big punyerrrrrr.... masuk je dalam cinema, bf aku cakap "memang dating sungguh r kite ni" coz nyer kiteorang dapat sit tepi tangga...sit double sahajer...heheh tak yah susa2 pi beli couple seat...uhuhuhu...

comment aku 4 criter nie... senang difahami n tak berat.. humor tu...memang ader... aku gelak la jugak time tengok... ader la plak ppuan ngigau camtue...eheheh, malu tol... kalu tengok ngan bf laki malu tol... da la gatal actornyer... nasib bek ngan bf wanita...

dari 5 stars.... aku bagi 3 stars jela...standard r kalu aku bagi star


Thursday, July 10, 2008

MPPB 2 : SceNe 10 - 14 Julai 06


Antara scenes mase Minggu Pengurusan Pelajar Baru... ader banyak pic yang takder cam mase kat tasik... king kong mabuk... all these yang amik overall coz aku tak nak ader specific gambar saper2...nanti kene saman la plak...huhu


kemahiran mendengar... sakit siot kaki...uhuhu



malam persembahan...asal takdak pic klas aku...



ice breaking, time ni aku kenal la jugak ramai orang



december's babies; spot me!!!



lagi kemahiran : menembak la plak...



brape kali nak menembak nie...spot me not...eheheh



sakit siottttttttt...naseb bek xdak pic aku...heheh



pendaftaran...gambar aku ader...tapi sajer tak mau letak... skema badak



mase daftar... Pizem 2 aper eh? freshie maner tau...




bonda2 dan ayahanda2... selamat blaja anak-anakku untuk mendidik anak-anak bangsamu



riadah petang... tapi tak dak la plak pic mase king kong mabuk..mau2 aku letak
spot me again...heheh



putrie2 harapan bangsa...


* tak sanggup nak orientasi lagi

My 1 st step in Cinema : 30 days night

Mase ni 1 November, kiteorang budak2 123 Amber Tower memang da lame plan nak pi tgk movie. Waktu ni la yg paling sesuai. Plan nak pi kat Mid by komuter. Tapi Faezah lak tak mau pi coz kiteorang nak tengok ceriter antu, 30 days nite. Faezah ni memang laa… disebabkan ni 1 st time aku masuk panggung, aku cam kirenyer diberi penghormatan untuk pilih movie walaupun Faezah tak pi… aku memang suker criter seram.


after movie; zet, ikin, writer, ain, anez, aini, cheah

Without Faezah, kami bertujuh pun p la Mid, aku sebenarnyer suker pi Mid walaupun jarang2 coz jauh la gak… tiket memang da beli awal2 lagi. B4 start movie, kiteorang makan2 dulu kat Mcd. Dah tue baru masuk panggung… mase undi 4 seat aku dapat yang ujung sebelah zeti…hall 12 sit c 15. next 2 me tak der orang… seram la plak.

Start je criter, suspen la jugak… actually criter tu tak la seram pun cumer bunyinyer wat orang suspen skit… tapi aku tak der la terjerit2… wat malu jerr. kesian pun ader tgk mangse2nyer… yg menarinyer… Pontianak tu cerdik ahhh… starategi die b4 datang menyerang tue, putuskan semua perhubungan samada darat, udara or telekomunikasi… sampai anjing pun kene bunuh…

Bagi aku antara part kesian, maser ader pempuan tue dijadikan cam umpan untuk orang2 yang masih selamat keluar. Padahal vampire berlambak kat bumbung umah2… nak tolong pun tak lei. Satu lagi part mase atuk tue tu, tibe2 jadi degil pi kua jugak rumah… pastu anak die kua cari ayahnyer… sedih la plak…

Conclusinyer, dari 5 stars aku bg 3 stars jer…

* bile lagi eh, bley kua...aku anytime korang laa...eheheh

Wednesday, July 9, 2008

206 SentosaRia : da cunz chamberela

ONLY 4 GIRLZ



Dalam bulan 3 2007, warga asrama mula dikejutkan dengan berita bahawa majority pelajar terpaksa keluar dari asrama berikutan kemasukan pelajar2 baru pada semester akan dating. Pada mulanya, kami warga sentosa tidak begitu risau. Ini kerana, berdasarkan senior sebelum kami, mereka tidak perlu keluar dari asrama sehingga semester ke-2 degree. Tetapi, pada bulan Mei dimaklumkan bahawa kami yang ketika itu masih Junior juga terpaksa keluar disebabkan kemasukan yang ramai.



Memang frust, geram time tue… aku saying nak tinggalkan hostel, sebab walaupun hostel tue buruk tapi masih boleh dikira selese n ditambah pulak bilek aku tue cun… baru bajet2 nak dapat anugerah bilek terlawa… lagi plak aku tau, kos tinggal di luar tinggi..rent, utilities bil, transport n banyak lagi… lagi lak kami masih baru lagi…



Berbalik kepada kenangan aku di asrama, memang banyak kelebihannya… function terakhir aku pi atas tiket asrama adalah dinner LPM di Sunway… masa duk hostel banyak aktiviti yg menarik n yg paling best of couse la dinner Rayer… eheh… aku takkan lupekan bagaimanan aku bersusah menghias bilik asrama, kosnyer bukan masalah tapi penat lelah n ketekunan aku seikhlas hati… aku nak bilik aku sebaik yang mungkin,,,lagi cun dari bilek rumah aku…



miss 206, place yg best... view dr tingkap bley tahan especially bile hujan, nampak rumput menghijau...tgk kat dalam bilek pun tak sakit mater

* bile bole ader bilek camtu lagi

2nd annivesary in IPIK : something sweet like living here

Hari ini 10 julai 2008, bersamaan genap 2 tahun aku di IPIK. Pelbagai pengalaman pahit manis, suka dan duka... tapi of couse la yg manisnyer lagi banyak. Disebabkan aku busy 2 3 menjak ni, tak dapat la nak tulis panjang2... just gambar2 and aku akan edit dari semasa ke semasa. tapi ade la sikit2 introduction mase hari 1 st di IPIK.

Hari pendaftaran PPISMP;

Pendaftaran & Minggu pengurusan pelajar baru ambilan Julai 2006…ceritanya memang dah lama, tapi still fresh kat ingatan..

Aku daftar ari Isnin 10 Julai 2006. Malam sebelum pergi daftar aku tidur agak la lewat, duk mengemas barang…last minute, maklumlah pi ngan pakse rele… dalam kul 2 pagi baru aku tidur. Bangun dalam kul 4 pagi, coz nak bertolak before subuh. Pukul 8 pagi patut da daftar. Mase sebelum bertolak tu aku sempat la tengok Perancis julang Piala Dunia, after berhempas pulas kalahkan Italy.

Ayoh, mok n muzapa anta aku.. masuk je kl start ah duk tengok sign board. Sesat tu memang tak dinafikan la… banyak kali tanyer org. sampai masuk perumahan kat Bandar tun razak.. time tu memang da lebih kul 8..

Dalam kul 10 kami jumper gak maktab nie, tibe2 je muncul kat depan..hehe. Masuk jer, ader urusetia suh pi letak keter trus kat padang…jauh gak ah park kat padang tu. Dekat ngan Sekolah Sains Alam Shah.. mase daftar aku ngan selamber pakai baju kurung biase, patut kale putih ngan kain itam..heheh

Nak pi daftar, menapak kaki ngan debaran gak. Aku pi la kat depan dewan..situ ader senarai nama, wat2 tengok lame, padahal duk pikir nak watpe eh? Ader dua kaunter, maner se ni? Tibe2 ader abang tu tanyer, TESL or Pizem (PISMP)? Hah? Ape ke bender Pizem tu? Aku pun ngan jawab ‘P.I.S.M.P’. Mane la aku tau tu name glamer dier.

Aku pun pi la daftar kat kaunter yg abg tu tunjuk.. pastu kene daftar kat dalam dewan plak, tadi tu die bagi tau nak kene daftar kat klas maner jer. Kat pendaftaran klas tu, ader sorang pempuan da berusia n sorg laki (student sr) yg incharge. Ader la budak2 laki n perempuan lain lagi. Aku ngan kereknyer la time tue…

Aku agak shock!!! Ramainyer laki, lbh ramai daripada perempuan. Da la tak gentleman langsung. Mase daftar tu, aku tengok ader sorang budak prmpuan pakai spect old school..aku pandang die, n sebaliknyer. Tapi tak cakap ape2 pun.

Lepas daftar, masuk hostel, mak aiii!!! Buruknyer…mase ni la aku start kenal ngan rumateku, Husna..


Minggu pengurusan pelajar baru 2


Tengahari tu, mase masuk bilik aku berkenalan dengan rumateku Nurulhusna binti Rashid. Mase tu mak aku n mak die pun ade sama. Mase mula2 masuk hostel ni, aku pelik. Unik sangat.. entrancenye kat tingkat 2. Bilik aku kat tingkat 1, so kene turun la.. da turun tu…aku tengok ader lagi basement…kat tengah2 asrama tu open air, ade cam laman dan ampaian… memang unik r. furthernye aku citer len kali.. balik semula pasal orientasi… lepas jumpa Husna tu, letak barang..aku n mak pi café.. lepas tu family aku trus balik… aku pun kembali ke bilik duk menyusun barang sorang2…Husna xdak.. aku tengok bilek tu dinding die teruk betul, comot.. tapi best coz bilik besar..

Petang tu ader riadah petang..aku pi ngan Husna la. Kiteorang wat senaman.. mase tu baru aku tau maktab share padang ngan sekolah sains alam shah.. ramai budak2 die main bola situ..tibe2 akak n abg2 senior wat permainan king kong mabuk. Benci tol. Nasib bek ader adik Asis tu cakap aku wat bagus,,,,heheh…memalukan toll. Benci sangat..


Perkara yang aku tak dapat lupakan sepanjang MPPB.


  1. jumper senior lamer mase kat SMART, die tanyer aku satu aritu skola maner dulu,,wei aku siap tau en. kuhin duk kg sebelah lagi; what da tutei>>
  2. main game king kong mabuk; dush!!!
  3. KEMAHIRAN MENDENGAR; erk...
  4. ambil tandatangan senior; " salam kak, boleh tak saya nak mintak tanda tangan akak "
  5. tibe2 kertas tandatangan aku yang da banyak tu hilang, moyok la skejap
  6. abg soddiq, wat announcement sape ader hilang kertas t/tgn ; aku nek pentas amik
  7. sebelum makan kene mintak kebenaran : "assalamualaikum abg2 n kakak2 super senior!!! kami lapar, kami nak makan, boleh tak?"
  8. aku n husna bangun lewat pada hari Jumaat ; Fushhh!!!mantap tol
  9. belon air yang aku paskan kat anez tibe2 terjatuh dan tergolek di Tasik Permaisuri ; nasib bek tak pecah

Monday, June 30, 2008

faizah's surprise birthday party

kek befday faezah


assalamualaikum,

Dalam rumah kiteorang, befday faizah yang paling awal pada setiap tahun iaitu on early April... so, kiteorang housemates mithali ni nak wat la surprise kat dier... memang da lamer la gak plan... da nak hampir2 ngan tarikh tue, rupernyer die ader la argument skit ngan bf die... sangkut la skit kat situ... memang macam2 perancangan dan lokasi awal nak wat party tue... dari tasik permaisuri...konon2 la nak wat2 pi jog ngan die pastu bawak trus pi kfc... ader lak plan B, kot2 la ader masalah disaat2 akhir... aku pun da tak ingat sangat...tapi memang macam2 la back-up plannyer...


writer, zetty n befday girl

Kiteorang pun da plan tak nak wish die aritu, wat2 cam tak ingat la befday dier...hehe, tapi malam tue anez dan ain terpakser juger wish disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan dan untuk elakkan dari terkantoi...


Petang tue, pas balik klas...aku penat sangat sebenanrnyer... tapi kuatkan jugak...demimu Faezah...hehe. Tut2!! faezah cakap die nak kua pi town...mak aiii...aper nie. rosak ah plan kiteorang...bincang punyer bincang... atur strategi baru, aku cheah n faezah pi kua samer... n yang len wat2 cam stay kat umah...padahal dieorang akan menyusul ke sg. wang kemudian...


antara scene...

Nak pi sg. wang tue, tunggu ba rapid, punyer la lamer plak...geram tol... da sampai situ kiteorang pun pi la jalan2...sambil2 tue mesej ngan member len line clear tak...da ready ke blum kat kfc tue... lamer tue...yg len pun da ready... aku leyla plak cakap nak blanjer faezah makan kfc... die cayer la...hehe, mudah tol tipu budak nie... aku n cheah pun bawak la faezah pie... cheah ni bley la plak ntha macam maner tue nak cover die tengah mesej ngan geng len, cakap kat faezah tengah mesej bf die 4 tanyer location toilet katneh..lawak tol...

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terkejut giler faezah tiber2 nampak housemates ader kat KFC...die terharu jugak la kot... kiteorang hadiahkan die pyjama...and ader la jugak kek... aku mase tengah2 duk makan tue nak kenekan faezah, kononnyer nak sapukan krim kek kat muker die... tapi aku ni la...pi wat slow motion plak...da la die dapat elak... lame skit pastu...aku cakap kat Faezah yang aku takkan lepaskan die....hehehehehe....kene la kau.... pas makan2 n jalan2 skit kiteorang pun blek...

salam. add; aku tak nah la plak ader surprise befday party... selebrate pun jarang..hehe


KOst


Bagi yang tak tau lagi, aku memang suker istana lama Europe. Cam yang aku da sebut kat you tube prinsezzin fantaghiro. Kiranya masuk dalam lingkungan sejarah Negara la…walaupun bukan Malaysia. Antara istana lama yang aku suka yang kat German dan Eropah Timur. Lagi best yang duk kat tengah-tengah hutan belantara… gambar-gambar ni aku amik kat website n kalu korang nak tengok bley la layari website kat favourite link aku.

Istana Kost ni dibina pada pertengahan kurun ke-14 oleh Beneš of Vartemberk. Tetapi pembinaannya hanya disudahkan oleh anaknya iaitu Petr pada pengakhiran kurun ke-14. Persekitarannya amat cantik dan terletak di kawasan berbatuan pasir. Bentuk istanan ini tak banyak berubah dari bentuk asalnya. Istana ini mempunyai 6 menara yang dipanggil White Tower.

Dalam tahun 1414, istana ini telah dimiliki oleh Zajícs of Hazmburk. Pada 1497-1524, istana ini kemudiannya digunakan oleh Šelmberks yang mana telah mengubahsuai bahagian sayap barat istana. Istana Bibernštejn telah dibina bersebelahan jalan istana pada pertengahan kurun ke-16. Lobkowics yang menduduki istana ini sejak 1585 telah mengukuhkan lagi pertahanan istana dengan membina tembok. Pelbagai senjata dari kurun ke-17 hinggalah ke-19 boleh dilihat di dewan besar.

Tuesday, June 24, 2008

my housemate

picture ni mase kiteorang pi cuci rumah b4 masuk seri mas


Aku mula kenal Zet from Husna rumate aku mase duk hostel dulu coz dieorang ni kawan bek n satu klas mase foundation. Mase nak exam sem 2 die mai bilik aku study.. so knl la skit2.. tapi ktorng x msuk ktgri slamber lg.. da jadi housemate…mak aiii!!!

Aku nak declare bilik aku zon bebas Zeti…


Ain ni…mmm…dok soh cakak ah. Classmate mase pre n satu hostel.. aku start knl die mase orientasi lagi, tapi ktorg x close pun time tue...start kawan mase da masuk klas after orntation week n 1st time pi bilik die, tibe2 je die ajak aku pi bilik die suh tgk perbntgn ksos pasal norma2 sosial.. time tu trkejut gak ngan budak nie, aku bkn bek pun ngan die..hehehe,,,


Si aini ni lak…bdk happy go lucky ni slalu tegor aku mase mggu orientasi.. aku terkejut gile die tau namer aku, die igt rupenyer mase memprknlkn diri… tak igt lak bile start bley masuk skit2 ngan die.. coz die bek ngan Ikin rasenyer n pernah pinjam payung ngan die coz mase nak blek makan tbe2 ujan..


Skarang Faizah…die ni la org terakhir yang aku cam close r antara housemate2 aku.. memang tak nah cakap..borak2 apetah lagik, tapi die ni sbnarnyer 3 sem satu usrah… aku mmg takdak perasaan ah ngan die nie.. pnh bertembung die ngan Ijat kat bus stang ktaorg snyum pun tak… da jadi housemate ni… lap u,


Skarang Cheah lak… mule2, mase minggu 1st masuk klas aku ingat die bdk tesol.. die duk bimbit beg laptop pi klas.. slalu la nampak die. Pastu baru la tau die bdk pismp gak merangkap rumate ngan Ikin. 1st time p bilik Ikin jumpe ngan die, berbalas senyuman je.. start kiteorg agak bercakap mase sem 2.. seingat aku mase wat lawatan kat skola kanak-kanak buta di jalan batu..


Ikin lak.. aku kenal mase orientasi gak..mase perjumpaan budak2 Pahang, soalan 1st die tanyer.. aku tau ak sekolah Purun or something like that r.. die ni banyak la jugak cakap… pasal ikin ni aku tak ingat sangat la…


Ni plak anez, aku still ingat 1 st time aku jumper die maser nak daftar…ingat la ader budak pakai spec old school..aku pandangf die n die pandang aku… mase minggu orientasi kiteorang memang tak kawan la kirenyer..gitu2 jer. Start cakap skit2 ngan die mase ingroup aktiviti…tak silap aku, aktiviti pasal yang kene tulis namer mak tue… n second time kiteorang cakap mase persediaan untuk malam kebudayaan minggu orientasi… tapi yang paling aku ingat, mase aktiviti petang ari last orientasi yang kat tasik permaisuri… aku kene pas belon air sambil membelakangkan die… bley la plak belon tue tergolek2 kat tanah…suspen giler…kalau pecah abislah kiteorang…



camner mase korang muler2 kenal aku lak ah?...eheh.

my arranged engagement


semasa sepupuku bertunang ; aku, mak n cik yah

1 Jun 08 – dalam 11 a.m


Mase ni seminggu selepas bermulanya cuti sem, bermakna 2 minggu je lagi cutinya. Tibe2 mak aku cakap, weekend before balik KL aku kene engage.. Jeng3x!!! biar betik mak aku nie. Sape jantan tue aku pun tak kenal. Tapinyer die orang Terengganu, mak cik aku yang carikan. Mak aku pun dah berkenan sangat kat budak tue, bersopan santun lah kononnya. Ngarut ape mak aku nie.


Aku baru 20, lagi 3 tahun lebih abis blaja… takkan nak tunang lamer2.. Jeng3x!!! again. Pelik tol. Mulenyer aku no hal. Tapi bile duk pk2 blek… da la tak kenal, gambar pun takdak, tup2 nak tunang. Erk!!! Macam2 aku tanyer soklan pasal mamat tue.. kejaannyer, gajinyer… eye money la plak.. ntah suare sumbang mana ntah cakap 700.. same ngan elaun bulanan aku.. member2 pun aku tak inform ape lagi nie. Aku ada la gak duk terpikir, pasni tal ley da lah aku berfoyer2 ‘msej’… uhui!! Then, tak sampai sehari after mak aku cakap tue, aku cakap blek “Mok eh, x mboh eh orang tunang2 nie ngaruk to…” . tapi mak aku suh gak, nak wat camner… mak aku memang da berkenan sangat da…


Aku rase cam ‘sesak’ tapi tak la sangat.. memang ntah pape la…nak tunang muder2. Nasib bek tak kawin trus. Tertekan gak arr…tunang ngan orang yang langsung tak kenal.. tapi tak ah sampai nak lari dari umah.. Tup2!! Aku terfikir…ntah2 aku mimpi jer!!! Ce aku try bukak mata… hehehe…memang mimpi la…ush kui3x. patut le umah aku cam lain jer… mimpi bese r. tapi kalu aku terjaga lewat skit pun bagus gak… bley aku tengok partner aku tue…wakui2~

writer : owner

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates