Pages

Wednesday, March 23, 2011

Bercerita Bahasa Melayu I


Pada 23 mac 2011... diadakan pertandingan bercerita bahasa Melayu peringkat sekolah...
menarik dan adik2 sangat pandai bercerita... yang lawak pon ade... heheh..
tapi mostly, seme pun okay :)





Barisan Juri


Rafiuddin :)



Fatihah sedang menghafal


Murid-murid memperkemaskan lagi hafalan


Ermmmm


Rafiuddin


Rifa'


Arnab dan kura2 by Irfan... siap ade puppet lg


Anas kah ini?


Udin sementara menunggu giliran


Tuesday, March 22, 2011

Nana takes 5




Cikgu Nana (kiri) dan Cikgu Firdaus (kanan)
di dewan Tun Seri Lanang pada 22 Mac 2011
sebelum berlangsungnya aktiviti sains

Aktiviti Sains


Assalamualaikum w.bt

Hari ni, 22 Mac 2011... Panitia sains telah mengadakan satu aktiviti yang memang menarik, saye pon dapat belajar bende baru.. and ulang kaji bende lame yang da lame saye tinggalkan... hahaha... ade ke diyana ni... jawapan salah... heee, xpe2...flash back smule topik Fizik and Kimia zaman skola.. Bunyi lebih cepat tersebar melalui pepejal ye kawan2...heheh... 5 tahun da kot tak blaja pure sains... memang tak ingat..hiiii :p

Mule-mule, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan... Aktivitinya berkisar tentang tajuk sound...and vibration... Secara ringkasnya, aktiviti-aktiviti ni.. saye nak gitau namenye pon tak tahu... tapi act. cam nak bezakan bunyi yang terhasil dari 2 straw yang berlainan kepanjangannya... straw yang panjang, bunyinya lebih besar...yang pendek.. sound die nyaring sket.. seme sebab molekul udara yang bergetar pada tempoh mase yang berbeza dalam straw yang berbeza tersebut

Selain itu, kak Hana (dari pusat sains) juga tunjuk semo katak kayu... 2 ekor katak, teka mane satu ayah and mane satu anak..berdasarkan bunyinya... suare anak lebih nyaring berbanding ayahnye..

Demonstrasi lain yang ditunjukkan adalah balang yang berisi kuantiti air yang berbeza, alat muzik gombang (kalau tak silap). Lepas tu, ade aktiviti berkumpulan, membuat alat muzik..memang menarik... saye bantu satu kumpulan tu..alhamdulillah... mase kene tiup untuk dinilai, ade la satu yang berbunyi... heheh... Taufik!!! yang tiup.. actually yang len pon berbunyi..tapi ade masalah teknikal disaat2 akhir :(
takpe, nanti cube lagi...

*gambar akan di upload kemudian

Latihan Pertandingan Bercerita


Assalamualaikum w.b.t

Hari Rabu ni, iaitu 23 Mac 2011... panitia bahasa Melayu akan mengadakan pertandingan bercerita...So, saya telah diberi peranan bersama Mus untuk latih murid tahun 4 Amanah... So far, okay la prestasi they all.. just yang sorang tu je...


Cikgu Ilham dan Cikgu Mus tengah ajar ape tuh...

Beriya jugak kami melatih dalam masa yang singkat... Fatihah ambik tajuk Pemerah Susu.. saya akan sediakan balang susu... saye pun da ajar die gaya dalam story tu... cikgunye yang semangat... Fatihah ni pemalu sket... saye mase skola dulu pon macam ni jugak kot...hehe... walau ape pon..cikgu nak awak buat yang terbaik!!!!

Apehal tegak je? gaye yang cikgu Diyana ajar mane yanggggg!

Selain itu, saye pon latih Hafizah... haaaaa.... die ni berani sket... die dah banyak hafal, and gaye yang diajar die faham and praktikkan... ditambah lagi ngan gaye die sendiri... Hafizah, ambil cerita Anjing dan bayang-bayang... saye tengok die berlatih okay la...


Berlatih or bersembang awek-awek nih...haishhh

Kalau Antasya, saye tak latih sangat... suruh die banyak hafal je... sebutan die macam tak jelas sangat... and die pon tak berape ingat lagi keseluruhan cerita.

Satu-satunya budak lelaki yang saye latih adalah Syafi Izwan.. For your info, die ni qari skola.. mengaji and qashidah memang mantap... thumbs up dik!!!
Mule-mule skali yang saye tanye die, pernah masuk pertandingan bercerita @ tak? die cakap pernah, and menang 1st place :) hafalan die okay... die pandai.. tak hafal sebutir-sebutir..just yang wajib je.. and faham jalan cerita... dari segi intonasi pon ade, tapi gayenye takde... Jadi, saye telah latih Syafi buat gaye yang mudah2 sket...

Malam ni, untuk jadikan pesembahan die best lagi... ini je yang saye mampu tolong, nakbawak dieorang berlatih lagi, mase suntuk sangat... mereke pon busy dengan raptai Maulidur rasul... Jadi, saye akan buatkan props la for dieorang.. setakat yang mampu ye adik-adik kakak tersayang...

With Love, All The Best
@};- @};- @};-

Friday, March 18, 2011

A Real Love Story of Paddy and Pineapple Part 1


By Timber 2011




Timber tersenyum melerek sambil menahan gelak sewaktu kejadian itu berlaku, tak kisah apa yang dia dan mereka-mereka yang lain fikirkan.. kerana ayat yang Pineapple tuturkan sangat lawak dan tak leh blah... + &*&*

Beberapa minggu yang lalu...

Pagi Isnin yang dingin itu, Timber gagahi juga mata ini untuk terbuka... Langkahan kaki diambil menuju ke dapur, membasuh gelas yang masih disisai dengan susu dan oat yang dimakan pada malam harinya.

Seperti biasa, Timber bersiap untuk ke tempat kerja... Pintu kereta bewarna kelabu ditutup, Danggggg!!! tanda sudah sedia untuk ke tempat kerja... Kekasih Halal dan Baik-baik Sayang... lagu-lagu Wali Band yang sering menjadi peneman, dalam perjalanan...

Kaki menjejaki bumi Lorong 15, Jalan Angah, Ex-Negeri Melayu Tak Bersekutu... Tiada apa yang berbeza dengan hari sebelumnya, pipi Timber diulas lembut oleh bayu Selat Tebrau... Rasa dingin menusuk hingga ke sum-sum tulang...

Duk! Duk! Duk!... bunyi tumit kasut rakan Timber... (kasutku flat, xklua bunyi) Timber dan Paddy (kawan Timber) berbual mesra dan bergurau senda dalam menapak ke pejabat yang tak jauh mana.... Card harus di punch... bukti kedatangan awal kami ke sekolah...

Cahaya kemeja putih, berseluar hitam... beg di bahu... menembusi iris dan anak mata Timber... kanta mata memfokusnya... jatuh di retina membentuk imej... lalu dibawa ke otak untuk ditafsir.. "Sape tu?" tanyaku pada Paddy "Ntah" jawab Paddy.

Usai sudah berhimpun pagi itu, Timber mengetahui bahawa... kelibat yang kulihat tadi adalah **** yang baru mendaftar... sebentar tadi di hadapan office, seseorang bertanya kepada kelibat itu "Awak dari mana?" kelibat membalasnya "tettt!"... sewaktu berhimpun tadi, kelibat memperkenalkan dirinya lagi... "Saya Pineaplle..berasal dari bla bla bla..."

Emboss! merupakan satu perkataan biasa yang meniti dibibir rakan sejawat Timber... tengahari itu, Timber membuka pinta staffroom. Crakkkkkk!... pintu dikuak, dan Timber lihat kelibat itu di duduk di meja yang dikhususkan untuk guru...

Beberapa hari kemudian...

Baru Timber tahu yang kelibat itu bekerja tetap di sini... baru sahaja posting... maklumat itu Timber terima dari Paddy... patutlah dia duduk di staffroom... Tetapi, Timber merasa aneh... kenapa beberapa hari lalu, ku lihat Pineapple (panggilan untuk kelibat itu) duduk melayani sesuatu di laptopnya... di bilik bergerak... tempat Timber dan rakan sejawat Timber yang belum ditauliah ni berkampung...

Petang itu hening sekali, hanya kedengaran kicauan burung dan suara comel adik-adik yang sedang bergelak ketawa... Timber dan Paddy pulang agak lewat... bagi menyiapkan cookies (panggilanku untuk soalan latihan)... Timber melalui kaki lima di hadapan deretan kelas... Timber toleh ke kiri, kelihatan Pineapple sedang berbual dengan seseorang... Timber berlalu ke surau..

"Ber!" Paddy berkata.. "Ye, kenape Dy?" Timber menjawab... "Bla bla bla"... Paddy bercerita... Rupa-rupanya... sebentar tadi, Pineapple telah memanggil Paddy yang sedang melalui kaki lima dari dalam kelas... dengan kuatnya... dan keluar bertanya, kenapa Paddy tak balik lagi?! Haishhh...Pineapple ni, beria-ria panggil Paddy.. Timber lalu tadi tak panggil pun...hati Timber berkata sambil ketawa berdekah-dekah...

"Pineapple syok kat Paddy nih..." teka Timber lagi selepas satu peristiwa beberapa hari kemudian...

Bersambung (nak revise smule...da lupe)... Kisah Timber, Paddy dan Pineapple di Bilik Bergerak







Sunday, March 13, 2011

Tangkap Ikan : Kemahiran Motor


Assalamualaikum w.b.t

Untuk entri kali ni, saya agak penat nak bercerita...hehehe... walaupun sebenarnya saya memang suka bercerita...

Okaylah, antara aktiviti yang dilakukan adalah menangkap ikan menggunakan tangan... cuba bayangkan... kanak-kanak buta menangkap ikan talapia dengan menggunakan tangannya... terpegun juga saya tengok beberapa orang murid yang mampu... yang lain tu....hehehe... cikgu yang tangkap, then bagi kat dieorang... pastu terlepas plak.... tapi kire okay la... at least dieorang ada keinginan dan keberanian untuk masuk ke kolam dan mencuba menangkap ikan... tapi saya rasa la... dieorang ni nak main air je lebih.. :p

Dikalangan yang berani nih, ada juga yang takut.... aishhhh... da besar kot, kite nak makan ikan, bukan ikan tu yang nak makan kite...hehehe... takpe-takpe... lain kali berani la tuh.
Seronok sangat melihat telatah budak-budak ni... enjoy sangat dieorang... siap terduduk dalam kolam lagi... mencari-cari ikan dengan meraba-raba air... padahal takda ikan pon area dieorang tuh... So, saya dan mereka-mereka disekitar ini bising-bising la memberitahu kat mana ada ikan...

Saya sendiri, cuba juga menangkap ikan dari luar kolam..memang susah, ikan tu meronta-ronta...memang salute la kat adik-adik yang dapat tangkap... dah la tajam sirip ikan talapia tu.. ermmm... luka la jugak jari, tapi..... BEST... walaupun seekor pun tak berjaya ditangkap... sebenarnya...ni adalah pengalaman pertama saya menangkap ikan... before ni, duk siang ikan je la... :)

Selepas selesai kerja-kerja tangkapan, maka bermulalah kerja-kerja masak memasak... Saya tak buat ape sangat...yang mudah-mudah je. Cikgu-cikgu senior lah yang melakukan kerja memasak. Geng-geng yang lelaki ada yang menyiang ikan keli dan talapia...
Saya turut berkesempatan mengajar seorang murid buta memotong bawang... susah jugak la, tapi saya ada idea macam mana cara yang betul dan perincian kerja...cuma lebih banyak masa dan latihan diperlukan.

Lama jugak masa yang diambil untuk siap memasak ni. Kalau tak silap, dalam jam 4.00 petang baru siap. Lepas adik-adik makan, barulah kami cikgu-cikgu makan. Saya tak berapa makan sangat ikan talapia, sikit-sikit boleh lah. Tapi memang tak berapa nak lalu... Akan datang dah tak nak makan kot :)

Aktiviti sebegini memang best, kalau ade kesempatan, saya suka sangat... tapi tak nak dah la kolam skolah... sungai ke... hehehe... kalau ade orang nak bawa :)





Kem Bestari Solat



Assalamualaikum w.b.t

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama panitia Pendidikan Islam dan Moral SKPK Princess Elizabeth telah mengajurkan Kem Bestari Solat pada 17 Februari 2011 yang bertempat di Surau Nurul Iman.



Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator iaitu guru-guru sendiri. Saya telah membimbing kumpulan 23 yang terdiri daripada anak murid saya dari tahun 5 iaitu Hakim dan Hakimy.

Antara aspek yang ditekankan dalam kem ini adalah cara mengambil wudu', perlakuan dalam solat dan bacaan dalam solat. Seorang Ustaz telah dijemput bagi memberi bimbingan. Antara tugas saya adalah... mengajar, memperbetulkan dan menilai segenap aspek tersebut...



Sebenarnya, saya sendiri bukanlah sempurna sangat dalam kesemua aspek ini. Disamping membimbing murid, saya turut belajar dan memperbaiki lagi diri saya. Sememangnya penerangan dan perincian yang diberikan oleh Ustaz amat berkesan dan jelas. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari.

Semasa menjadi fasilitator ini, saya melihat adik saya yang buta mempunyai banyak kelemahan dalam aspek-aspek ini. Hakim pula, boleh melakukannya dengan baik tetapi masih memerlukan bimbingan. Saya perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada Hakimy. Sungguhpun begitu, dia seorang yang cepat belajar dan mempunyai keinginan untuk belajar yang tinggi. Contohnya, apabila kembali ke surau selepas waktu rehat, Hakimy memberitahu saya "Cikgu, saya dah ambil air sembahyang semula... macam yang cikgu ajar tu" katanya sambil tersenyum :)




Hakim merupakan seorang yang tidak lokek ilmu dan gemar membantu. Apabila saya meminta dia untuk membantu Hakimy dalam bacaannya, dia memberikan bantuan tersebut tanpa banyak soal dan dengan sabarnya mengajar Hakimy membaca doa Qunut berulang kali. Begitu juga semasa slot perlakuan dalam solat, Hakim begitu membantu.

Selepas program ini, selain dari objektifnya untuk memperbaiki aspek-aspek dalam solat murid, saya mendapati saya sendiri telah banyak memperbaiki diri saya sendiri. Semasa memberi bimbingan, saya turut sama mempelajarinya. Selain itu, program ini telah merapatkan lagi saya dengan murid-murid dan membolehkan saya mengenali tingkah laku mereka dengan lebih mendalam.

p/s Hakim and Hakimy best, thumbs up!


Majlis Penyampaian Watikah Perlatikan Pemimpin Sekolah


Assalamualaikum w.b.t

Pada 14 Februari 2011, Majlis Penyampaian Watikah Perlatikan Pemimpin Sekolah telah diadakan di Dewan Tun Seri Lanang, SKPK Princess Elizabeth.
Murid-murid yang terlibat dalam penerimaan ini adalah adik Rafie yang comel, gentleman dan menyejutkan hati... iaitu ketua pengawas sekolah.... adik Nur Zafiena... suara lunak, manja, peramah, periang, menyejutkan hati juga... iaitu penolong ketua pengawas sekolah.

Selain itu, pengawas-pengawas sekolah yang lain adalah seperti Haikal, Aiman, Hakim, Syamil, Fatihah, Antasya dan Hafizah.

Tidak ketinggalan, pengawas-pengawas pusat sumber... ketua kelas, ketua-ketua unit beruniform, kelab & persatuan serta permainan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Sub Inspektor Saadon Bin Safee, iaitu Timbalan Ketua Balai, balai Polis Johor Sentral, Johor Bahru.

Beliau telah menyampaikan sedikit ucapan sebelum merasmikan majlis tersebut dan kemudiannya menyampaiakan watikah-watikah. Selepas penyampaian watikah tersebut, kesemua yang terlibat telah melafazkan bacaan ikrar. Akhir sekali, telah diadakan sesi fotografi bersama Sub Inspektor serta beberapa sesi bergambar susulan.




Gotong-Royong Asrama


Date : 13 March 2011
Day : Sunday
Venue : Hostel's Grounds
Participant : Parents, Teachers Association (PTA)
Activities : Changing the mattress and pillows cases, hanging the mattress, clean up the windows and railings




Larian Mahkota


Date : 12 Februari 2011
Day : Saturday
Venue : Jalan Nong Chik, Johor Bahru
Participant : All pupils and teachers
Activity : Jogging or Walking along Lorong 5, Jln Nong Chik



Tendem Bike


Tarikh : 9 Februari 2011
Hari : Rabu
Tempat : Stor Tendem Bike
Peserta : Ahli dan guru kelab
Aktiviti : Melantik Ahli Jawatankuasa, Membasuh Basikal, Membersihkan Stor




Guide Runner I



Stadium Larkin

Assalamualaikum w.b.t

Buat kali pertamanya, saya telah berpeluang menjadi guide runner untuk kanak-kanak buta. Okay, ceritanya bermula begini... Pada suatu pagi, hari Isnin rasanya. Saya telah ke stor sukan untuk melihat alatan-alatan bagi pengajaran PJ pada keesokannya. Kemudian, saya berkesempatan berbual-bual sebentar bersama Cikgu Koh, iaitu salah seorang guru PJ di PES.

Kemudian, Cikgu Koh pun cakap "Hari Sabtu ni, mari la join jadiguide runner kat stadium..." Saya pun telah menerima perlawaan tersebut... tapi saya cakap juga, tak brani nak confirm..heheh..sebenranya saya tak berapa confident. Maklumlah, tak pernah buat benda nih.


Melihat murid normal berlari

Kebetulannya juga, pada hari tersebut, rakan saya mengajak saya keluar berjalan-jalan di sekitar JB. Lagi lah saya berbelah bahagi, samada nak join di stadium or tak. Tapi, saya gagahkan juga ke stadium walaupun 50/50 nak jadi guide runner. Saya telah memberitahu rakan-rakan bahawa saya akan berada di stadium sekejap sahaja dan saya tak nak jadi guide runner (rasa bersalah juga la...).

Semasa sampai di stadium dalam jam 2.10 petang, satu orang dari PES pun xder... saya, Fir, Acu n Lan duk jel lepak2 tengok budak2 len lari... saya dan Firdaus memang da bertekad tak nak lari...sungguhhh~~~ lagi plak, kami baru je menghabiskan sebiji burger dan segelas air sejuk... ditambah pula sudah setahun lebih rasanya kami tak lari... hahaha...kalau lari juga, mau2 tersembam atas trek...

Beberapa lama kemudian, krew2 PES pun tiba... Cikgu panggil Acu dan Lan... dieorang pergi, tapi kami yang perempuan ni stay dulu...hehehe...menag tekad sungguh tak nak lari... Saya juga masih menunggu signal dari Cheah untuk bersiap join die jalan-jalan...

Sementara menunggu team PES

Dalam jam 4 petang rasanya, saya nak jumpa Lan untuk ambil kunci kereta bagi mengambil bagi bekal. Saya dan Fir pun duduk lah sebentar di bench PES kat tepi trek... Saya masih menunggu call Cheah lagi time tu, punya la lame tunggu... sampaikan waktu untuk PESians lari pun tiba... Cikgu PES pon da kire saya and Fir skali sebagai guide runner... Saya pun redha la...hahahaha....

Sebenarnya, salah satu sebab kenapa saya rasa malas nak jadi guide runner kerana takut tak fit, then murid yang tarik cikgu...bukan sebaliknya...heeeee :)
Kami punya la redha dan berdebar-debar. Waktu itu, memang kecut sungguh perut ni rasanya... depan beratus-ratus orang di stadium, dan untuk kali pertamanya...


Bersama salah seorang peserta ; Zafiena

Saya juga, tak tahu macam mana teknik larian yang sebenarnya... Tapi, sebelum larian tu, saya sempat la praktis dengan Azie PES 003 yang bakal saya bawa nanti...mencari keserasian...
Saya memang tak tahu gaya Azie ni lari, dan sejauh mana kelajuan dia.. Lagi satu, gaya dan rentak hayunan tangan dia... Takutttt!!!

Dalam ketakutan tersebut, saya gagahi jua...hiiiii...ayat redha n tawakkal
Bersedia di garisan....
Mula!!!

Merenung jauh, menghilangkan debaran

Tatkala langkahan diambil.... yeahhhhh!!! Dengan semangatnya, saya meluru ke hadapan.. memberi kata semangat kepada Azie "You're leading!, come on!" saya langusung tidak mengiraukan penonton... terus mengikut rentak larian Azie...
Lalu........ Yeaaaaaaa... kami juara.... Congrats to Azie and all her couches...

Tak sangka plak kami menag sebenarnya... Yang lebih bermakna dari kemenangan ini, adalah hubungan yang terbentuk diantara saya dan Azie dan pengalaman yang saya dan Azie perolehi
:)

Semasa berjalan untuk kembali ke bench PES, saya merasa sangat kemerahan menahan semput... hehe...mujur la tak pengsan, lama kot saya tak lari... more than a year...
Kemudian, buat pertama kalinya juga... saya mengiringi murid ke pentas untuk mengambil pingat... (sebelum ni, tak pernah lagi jadi guide untuk acara sukan)

Semoga pada masa hadapan, saya masih diberi peluang ini... Amin.


Tilawah & Hafazan Al-Quran II


Assalamualaikum w.b.t

Saya melihat program ini sebagai satu usaha dan komitmen yang baik daripada seluruh warga sekolah, terutamanya barisan guru. Aktiviti ini mampu menggilap keupayaan sedia ada murid, mengcungkil kebolehan murid dan membina keyakinan dalam diri murid untuk memperdengarkan bacaan dikhalayak ramai.

Semasa program ini, satu perkara yang mencuit hati saya adalah apabila melihat seorang murid saya menangis... sangat comel, walaupun begitu, dia masih meneruskan juga bacaannya... tapi kalau tak silap saya, sewaktu sesi hafazan...murid tersebut tidak turut serta.

Seorang lagi murid saya dari tahun 3 Amanah yang bersuara manja dan perangainya juga manja... telah tersangat sangat mengejutkan saya, tatkala kali pertama mendengar bacaannya.
Tak sangka suara comelnya bertukar sangat lunak sewaktu mengaji.
:)



Tilawah & Hafazan Al-Quran I




Assalamualaikum w.b.t

Pada 4 March 2011, SKPK Princess Elizabeth telah menganjurkan pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran yang telah disertai oleh kesemua murid dari tahun 1 sehingga 6, termasuklah murid dari kelas multiple dan kelas khas.


Barisan Juri yang terdiri daripada guru-guru

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi ini terlebih dahulu dimulakan dengan penerangan berkenaan syarat-syarat pertandingan oleh ketua juri iaitu Ustaz Ibrahim. Program ini berjalan lancar dimana semua murid dan guru memberikan kerjasama yang sepenuhnya.


Ketua Hakim

Bagi saya, bacaan beberapa orang murid sangat membuatkan saya impress dan di dalam hati berkata "Alhamdulillah"... sejuk hati mendengarnya :)

Aidil dari tahun 2 Amanah sedang memperdengarkan bacaannya


Sewaktu sesi hafazan

Program ini berakhir pada jam 12.15 tengahari

'Kecermelangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama'


Exam


Assalamualaikum w.b.t

On 10th March 2011, I was given two opportunities.. Just the simple two... look after two classes for their English papers. The 1st class was 5 Amanah, they were sitting for English paper 1, from 10.00 a.m till 11.20 a.m.



Actually, during my 1st opportunity, I was starving... Allah s.w.t knows better how I felt. I had counting every seconds for them to finish the paper... At 11.15 a.m, I though I could go to the cafe and have some nasi plus relax for awhile...Unfortunately... Suddenly, a friend of mine told that I had to look after 6 Amanah from 11.30 a.m till 1.15 p.m...
He gave me the exam scripts as well...
:p




Dengan redhanya, I went to the staffroom and took the answer paper before returned to the class.
There were 5 pupils in 6 Amanah.. 2 were partially sighted and the rest were blind.
1st kid of the p.s used large print and the other one used normal print but he had to use a tool called 'Pico' for better access
(Set the paper under the screen and the letters appear bigger from the top view)



A pupil of the blinds told me that he had to go to the library because somebody will read the questions for him..Okay, fine.. then I gave him a normal printed question paper. So, no more printed question paper left! After I had past around the braille question papers, there was one extra... Hahaha... nk kene bace dots ni ke? I asked my friend for an extra printed question... Hahaha! No extra!

At the time, I knew that I'm going to get into trouble because the blind pupils who is not able to read the braille question very well will ask me about the questions for better comprehension...
Like I just expected, the blinds asked me about the table in the section B... Yea, I knew it was quite confusing... weird dots were everywhere :)



I was 'rushing' between a p.s kid and the blinds to see the printed questions and had to explain the questions to both of blind kids. Don't underestimate me, I can read the braille dots quite well, but in this case where the time has to be considered.. I need the reference... :P

* Was having great moments with 6 Amanah




anak arnab




Assalamualaikum w.b.t

Pada dua minggu lalu, seekor arnab betina di rumah saya telah melahirkan anak seramai 8 ekor. Arnab tersebut yang diberi nama....err... saya pun xpasti lah...hehe... kini berada dalam keadaan sihat, tetapi menjadi kurus... body n fur pon da tak cantik macam dulu... da nampak tua..

Sebanyak 5 ekor adalah bewarna kelabu (mengikut bapanya), 2 ekor bewarna coklat (mengikut ibunya) dan seekor lagi bewarna putih (suspek utama adalah arnab jiran punya angkara).



Setakat ini, anak-anak arnab tersebut diasingkan di sangkar kecil di dalam rumah. Pada setiap pagi, ibu arnab akan diletakkan di sangkar sementara di luar rumah bagi menyusu anaknya.



Sebenarnya, ibu tersebut tak suka menyusu..ayahnya pulak... seperti nak makan anak-anaknya..jadi untuk mengumpan ibu arnab, makanan diberi ketika menyusu...



Anak-anak arnab sangat la comel.... saya sangat geram!!!


 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates