Pages

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

kambing???? serious pening!!!



daun special untuk goats


Petang 16 set 2010, saye, kakak dan mak nak gi umah to' ki, tapi disebabkan ketiadaannya serta sedare mare yang len pon pi braye di daerah len... kami pergi jenguk2 kandang kambing kepunyaan makcik dan pakcik... beberape meter dari kandang tuh....mak aiiiiiiiii....BUSHUK!!!!!!! sangat.....tak tahan....


kambing kelaparan


Tapi mule2 tuh layan je si kambing2 tersebut.... bagi makan rambutan sebab mereke kelihatan kelaparan... lame2.....ya ampun..... sangat pening pening pening dan saye pon berlalu dari situ....grrrrrrr~~~ tapi comel2 la anak2 kambing tuh


nah amik rambutan


Monday, June 7, 2010

Picnic with teman2 sekuliah



LOKASI : Templer Park, Rawang
TARIKH : 9 May 2010
MASA : 10 pagi - 3.30 petang
JUMLAH : 5 wanita 7 laki-laki

MENU :
  1. Ayam (BBQ) = 4 ekor
  2. Nasi Goreng = 2 kilo / 2 jenis
  3. Nugget = 2 kilo
  4. Sosej = 2 bungkus (besar)
  5. Sandwich = 3 bungkus (jumbo)
  6. Tembikai = 1 biji
  7. Air Sarsi = 1 tong
Pre - AKTIVITI :

Rumah Sakini (9.30 malam - 1.30 pagi / Selepas Suboh - 7.30 pagi)

Tindakan (Diyana, Sakini, Anez, Aini & Firdaus)


Rumah Diyana & Anez (Selepas subuh - 7.30 pagi)

Tindakan (Diyana & Anez)
  1. Menanak nasi dan memasak nasi goreng
  2. Menyediakan bahan memasak nasi goreng
  3. Menyediakan inti sandwich
  4. Memotong tembikai
  5. Menggoreng nugget
  6. Menyediakan sandwich
p/s : pre-aktiviti di rumah laki-laki adalah menyediakan ayam bagi barbeque
pada hari Rabu sebelumnya, wanita memborong barangan di Tesco Taman Midah

PERISTIWA DI HARI KEJADIAN

Saya begitu teruja untuk bersama-sama rakan sekelas pergi picnic di Templer Park...Ini merupakan kali pertama kami bersama-sama keluar ber'picnic'... Pada hari tersebut, tepat jam 7.30 pagi seperti yang telah dijanjikan saya dan Anez telah bertolak dari rumah ke rumah Sakini untuk mengambil rakan-rakan wanita yang lain serta barangan makanan yang telah kami sediakan. Proses ini agak memakan masa kerana kami terpaksa berulang-alik dua buah motor untuk mengangkut kesemuanya.


Dipendekkan cerita, kami selesai mengangkut dan mula tunggu di tepi jalan berhampiran blok pentadbiran pada jam 8.30 pagi. Tetapi tiada seorang pon rakan-rakan laki-laki yang kelihatan. Namun begitu, saya ketahui beberapa orang sedang mengusakana untuk mendapatkan pengangkutan tambahan. Kami menunggu dan terus menunggu sehingga rakan-rakan tiba, sehinggakan ada rakan-rakan yang tiba lebih awal telah memakan makanan yang disediakan untuk perkelahan ini ditepi jalan tersebut. kami turut telah ditegur oleh beberapa kakitangan kampus termasuklah warden tentang apa yang kami lakukan ditepian jalan ini.
(Pengalaman menarik yang tidak kami lupakan)


Akhirnya lebih kurang jam 10 pagi, barulah kami dapat bertolak. Perjalan ini begitu menarik dengan konvoi 3 buah kereta. Rakan-rakan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Firdaus...hehehehe... kami berborak-borak disepanjang perjalanan ini. Sebaik saja tiba disebuah pekan berhampiran Templer Park, kami telah berpusing-pusing terlebih dahulu untuk mengisi minyak, membeli jaring pembakar dan ais.


Hampir ke jam 11 pagi, kami tiba di Templer Park dimana keadaanya mulai mendung dan beberapa minit kemudian hujan mulai turun. Untuk sampai ke lokasi yang sesuai, kami terpaksa mendaki agak tinggi dan saya juga merasa semput...fuhhhhhh.... kami bertungkus lumus mendaki dan terus mendaki ehingga berjumpa pondok yang tiada berpenghuni.... semasa pendakian tersebut, rakan saya iaitu mohamad telah ditugaskan untuk memikul tong berisi air... saya melihat dia begitu bersusah payah... kami amat berterima kasih kepada beliau...




Hujan masih lagi turun, rakan laki-laki mulai menyediakan tempat untuk memanggang... sedang itu, kami juga mulai makan bekaan yang dibawa... antara makanan yang mula dijamah adalah nugget...ada yang memilih nugget yang 'sedap' iaitu nugget ramly... hahaha... saya sangat respect dengan rakan laki-laki kerana begitu tabah di dalam kehujanan mencari batuan dan tekun menyediakan tempat memanggang buatan sendiri on the spot....



Lama kelamaan sedang membakar ayam, tanpa disedari hujan mulai reda... kami mula mencari spot yang baik untuk mandi-manda.... kami mandi dan makan-makan dengan seronoknya... makanan yang dibawa sangat banyak dan enak-enak belaka... malangnya nasi goreng kurang mendapat sambutan... ayam sangat best, begitu juga sosej dan nugget... sandwich buatan Aini juga sangat enak dan saya masih tercari-cari walaupun sandwich tersebut rupanya telah habis.


Setelah hampir ke jam 1.30 tengahari...kami beramai-ramai telah ke air terjun sekali lagi dan mengambil gambar kenangan bersama teman-teman sekuliah. Sebenarnya, beberapa minit sebelum itu saya dan Aini telah seronok bermain-main disitu sehingga kesejukan tanpa Anez, Sakini n Firdaus. Mereka enggan join kami berdua (rugi la korang!!!!!)
Sesungguhnya pengalaman pada hari itu amat menyeronokkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kami =)



Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang menyertai picnic tersebut. Pada yang tidak pergi, anda memang rugi... lain kali kite pergi yer....


SEKIAN TERIMA KASIH



Friday, August 7, 2009

orientation & mobility 7 aug 09


Assalamualaikum w.b.t

hari jumaat macam biase lah, after kuliah teori o n m akan diakan praktikal berjalan disekitar blok pk, blok bestari dan library... tadi aku partner dengan kinie, kami berdua je perempuan yang ader. Ni 1st time aku partner dengan die... Mule2 aku bawak kini pusing2, then after ten minutes die pplak bawak aku... hari ni kiteorg belajar due teknik baru iaitu duduk di kerusi bermeja dan melalui pintu... macam bese la, o n m memang sangat menarik dan scaryyyyy...

Yang aku nak ceriter skarang adalah kejadian mase kinie bawak aku... kisah nyer bermule kerana macam bese la, bile kite dengan partner baru kite akan rase tak selamat, take time la 2 3 minutes before kite start serasi. Tetapi,huhuhu... permulaan yang kurang baik berlaku...hahaha, mule2 tu aku terlanggar kerusi depan library... dah la kusi tu dan tercabut tempat duduk die...bile aku langgar trus tergolek2 bende tu... actually kinie dan warned situ kene pakai narrow gap... memang betul2 narrow lah... tapi terlanggar plak... terkejut aku n orang2 yang ader situ...

kisah kedua berlaku sejurus kemudian...kinie nak bawak aku nek jalan orang bute di depan library tu, die cakap, pegang railing..aku pun dah mencari2 railing...dah pegang tu kinie cakap...eh! tak payah lah...ade cicak lah...Waaaaaaaaa! aku tak mau pegang cicak lagi daaaa.... fobia kang aku.... situ dah menambahkan lagi ketidakselesaan aku...

then, kinie membawa aku masuk ke library....aiya budak nie... kalau terkantoi kat sini memang pening ar aku... kat dalam ni ade lec aku... die memang observe kiteorang time wat praktikal nih.. mule2 kinie bawak aku pi duduk kat meje study individual... die tolong tarikkan kerusi untuk mudahkan aku jalankan teknik duduk dengan betul..tibe2 encik rosli cakap, tak payah tarikkan...biar die tarik sendiri...hahaha, aku jadi gabra nak tarik... memang kureng la sikit kemahiran aku...dah tarik kerusi tu ok la step2 yang len...

Then, kinie bawak aku pi pusing2 library di celah2 shelves.... merasai buku2 dengan belakang palm aku... kat situ ader lagi beberape partners len dari kelas aku jugak... dieorang ni biase la... cakap ader taik kucing la kat depan... aiya...hahaha... pastu kinie bawak aku pi kat satu meje nie, berdasarkan visual experience aku, memang aku dah bley agak situ adelah opac kom... dah duduk tu aku betulkan kedudukan kerusi supaya aku centre ngan meje... kinie tanye, "awak tau tak ni kat mane?" aku cakap tau... aku pun merabe2 keyboard...mouse...bile aku capai tangan ke depan nak sentuh monitor...rupenye monitor kom tu jauh benor ketepi kiri aku....hahahaha... memag lawak gile time tue...xreti aku nak criter kat sini...hehe

mase nak jalan keluar dari library tu, my lec tegur... awak macam tak selesa jer?... memang pun encik.... ketakutan ni sepanjang perjalanan... biasenye time turun tangga je cam cuak siket.. ni tak tau asal arini cam pelik... huhuhu...

~tamat~

Thursday, August 6, 2009

salam nisfu sya'ban...- melawat Anez... choatic way



Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 6 aug adalah hari nisfu, tapi bukan nak cerita pasal tu pun. Skarang nak cerita pasal tadi pergi tengok Anez di Bangi. Dari start bukak cuti memang budak kelas dah plan nak pi. Hari khamis adalah paling sesuai coz arini klas setengah hari jer. Lagi mudah, bile tadi En. Rosli masuk and gitau die tak dapat masuk, so klas till kul 10 pagi jer.

Smalam aku dah pinjam kete dari Ain, kami budak perempuan g 4.2 nek skali. Budak laki, 3 buah kete follow kami coz ak je yang tahu jalan. Ade lagi tambahan 2 buah motor. Kami jumpe di depan velodrome, pastu pi skali. Smalam aku dah gitau Anez nak pi, tapi tak cakap nak datang sekelas. So, aku mesej die balik cakap ader lagi 2 3 budak laki nak datang. Saje tak gitau satu klas nak mai, nk wat surprise.

Sampai di Bandar Tun Razak, Anez reply. Punye la terkejut aku bile die cakap die nak pi HKL. Aku suh Aini kol balik, die try pujuk Anez suh pi petang sket... tapi Anez cakap tak boleh... bincang punye bincang, ok la... kami pergi jumpe Anez di HKL jer. Memang kalut la time tu nak contact ngan ketue kelas and budak2 kete len... Mase tu kami aku memang dah di jalan yang benar skit lagi nak masuk highway Seremban... budak laki yang nek moto susah lak nak kontact dieorang... then, dapat idea kontek Hazri coz die bonceng ngan Fahmi...aku follow kete Boy untuk klua balik... dah la budak nie bawak laju gile kete hilux die tue... kua je dari jalan tue...tibe2 ilang la plak bayangan die... mase kat rounbout memang tak nampak, tibe2 nampak sebuah lagi kete yang sama cume beza kete Boy takde atap belakang... nasib bek cepat perasan..kalau tak ntah follow kete sape2...

Aku pun pe lagi, pusing la roundbout tu lagi sekali...then, budak girl len nampak kete Boy masuk kat satu simpang tu...die slow... ikut la balik... Aku terlupe plak, lepas je klua dari jalan untuk ke Seremban tu, Ane tetibe mesej cakap datang je lah kat Bangi....Daaaa.... memang lagi la pening... nak kene patah balik lagi skali... Budak dlm kete boy pun dah pening, last2 die stop tepi jalan n klua... kami girls pun henti... bincang2, kami ikut die coz aku dah tak tau jalan yang kami berada time tu kat mane...

Kete Aliff lak dah tak tahu kat mane... nasib bek, member yang nek motor masih di dalam kawasan highway, so tak la susah sangat dieorang.... kiteorang janji nak jumpe di susur klua Bandar Seri Putra jer... 3 buah kete lagi nih meneruskanlah lagi perjalanan mencari jalan ke highway Seremban.... akhirnya sampai juga kami di bandar tu...

Tadi mase duk tukar2 plan, memang susah la nak berkomunikasi... nak call kete tu, kete ni, moto tu la... sampai aku yang drive and tak terlibat meng 'kol' ni pun nek pening... yang kol and menjawab kol lagi la....

Mase kat umah tu... budak2 laki bese la suke wat lawak... memang tak tahan.. banyak gelak... ape je yang dicakapkan, memang pantang ade yang tersasul...abis arrr kene... =)



Sunday, May 10, 2009

Bina Insan Guru at National Zoo

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 27 April yang lalu, kelas saya dan sebuah lagi kelas pendidikan khas bermasalah penglihatan telah menjalankan program Bina Insan Guru Siri 3 di Zoo Negara, Ampang.
Program ini telah disertai oleh kira-kira 40 orang pelajar.


SEBELUM BERTOLAK


Saya tiba ditempat berkumpul pada jam 6.55 pagi, iaitu lima minit lebih lewat dari masa yang ditetapkan...tapi biasa la janji Melayu, tak ramai pun yang datang lagi. Saya pun tolong lah, mengangkut makanan yang telah ditempah dari Kak Bedah kat rumah dia (dekat jer). Tunggu punya la tunggu....sepatutnya dalam 7.30 dah kene bertolak, tetapi driver lak tak der. Rupenyer, driver tak tahu pun yang dia ada duty pagi itu. Tunggu la brother tu sampai kul 8 pagi baru bertolak. Kami sepatutnya tiba tepat jam 8.30 pagi tetapi kami hanya tiba lima minit lewat, kira okay jugak la tue.




sebaik tiba, kami diminta untuk beratur dalam kumpulan dan mendengar taklimat ringkas dari pekerja disitu. Kemudian, saya dan rakan-rakan lain telah diagihkan ke lokasi-lokasi tertentu. Saya telah sekumpulan dengan Anez, Aini, Sakini, Firdaus, Afiq dan Sudin. kami ditempatkan untuk membersihkan kawasan Beruang...menarik tue.


MENYAPU SAMPAH SARAP

Saya memulakan tugasan bersama-sama rakan wanita yang lain membersihkan tempat beruang bermain-main. Tetapi, sebelum itu kani didedahkan terlebih dahulu dengan beruang-beruang disitu yang besar-besar belaka...memang mantaplah, ada tu lawak tul beruang suka tidur, da la terlentang, mulut ternganga, mata cam half open...huhu


BERUANG POSING

Antara tugasan yang saya lakukan adalah menyapu sampah disekitar kandang... memang penat la menyapu. pada masa-masa terluang kami mengambil kesempatan untuk melawat disekitar zoo melihat haiwan-haiwan disitu. saya juga berkesempatan untuk melihat memerang yang comel-comel dan suka mengguling-gulingkan badan sambil tergaru-garu badan...hehehe


BADAK AIR SEDANG BERENDAM

Petang tu hujan, kerja kami untuk meberi beruang makan sedikit terganggu...eh, banyak terganggu sebenarnya... memang kebasahan lah kami ni. Siap duk berteduh dalam sangkar beruang lagi...huhuhu, semacam baunyer.... dari segi pemakanan, beruang ni agak memilih jugak lah, tapi kebanyakan mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Yang tua2 makan jugak la daging. Ada beruang tu, suka curik makanan cellmate die, dah mengamuk yang sekor tue...heheheh



Disepanjang BIG ni, beberapa kumpulan lain ada bertugas di kandang-kandang tertentu seperti zirafah, burung, hippo dan lain-lain. Ada juga bertugas di dapur membantu menyediakan makanan bagi haiwan2...



Yang sedeynyer, ingat petang selepas habis bertugas hendak berjalan-jalan menangkap gambar, tetapi disebabkan hujan terpaksa dibatalkan,,,,,wawawawa. Tringin bangat nak amik pic ngan gajah dan zirafah....

BERUANG SEDANG MAKAN


.....THE END.....

Wednesday, April 29, 2009

pameran anatomi and fisiologi



Pada 24 april yang lalu, kami pelajar-pelajar pismp-ipgm semester g 3.1 dan g 3.2 telah menjalankan pameran model-model sistem tubuh badan manusia. pameran ini berlangsung selama sehari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Pada jam 8.00 pagi, kami guru-guru pelatih menyiapkan tapak pameran kami terlebih dahulu dan pada jam 10.30 pagi, acara pembukaan bermula dengan dirasmikan oleh Encik Mokhtar Bin Ahmad iaitu ketua jabatan sains sukan ipgm-kampus ilmu khas.

Pameran model-model ini merupakan salah satu aspek penilaian bagi subjek Anatomy and Physiology. Beberapa aspek lain berkaitan pelaksanaan tugasan ini turut diambil kira dari segi individu dan berkumpulan.

Pameran ini berlangsung dengan jayanya di mana semua guru pelatih memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan pameran ini yang mendapat pujian dari pensyarah-pesyarah dari jabatan sains sukan dan guru-guru pelatih ipgm-ilmu khas dari pelbagai cohort.

Berikut disertakan beberapa senarion pada hari pameran:









































TAMAT

Friday, April 10, 2009

SBE series : the end of an adventure

Assalamualaikun w.b.t

Aku terus ke hari terakhir, hari Khamis tu...it was complicated (not 4 public) but I had enjoy that day too..

13/03/09


8.00 pagi

Pagi ni, jaga kelas 4 Tolerent. Hah, teringat zaman sekolah rendah dulu masa belajar Kajian Tempatan darjah 4....rindunyerrr... 10 minit pertama da ada budak yang siap. Aku check jawapan dia, banyak betul salah. Budak yang siap paling cepat n paling banyak salah. Huhu, objektif, lebih dari separuh yang salah. Aku tengok juga beberapa murid yang lain...dieorang ni memang careless, tak baca jawapan sampai pilihan 'D'... aku tegur jugak la beberapa orang murid tue... kesian kat dieorang....salah free


4 Tolerent while they were doing their KT's paper





9.14 pagi


Balik staffroom, masa nak masuk tu ada nampak sorang lelaki tengah bercakap dengan beberapa orang guru. Memang tak pernah nampak pun b4 ni. Bila dia dah pi sikit, ade cikgu cakap "tu la guru besar". Erkkk.... aku tak tau...kalu tak sure la aku pi tegur...Adoiiiii agak2 terjejas tak prestasi aku??? Aku memang tak tau pun GB tu macam mana rupenyer... Huhu... (ayat seterusnya adalah rasa perasaan aku yang merasakan seorang cikgu ini tak puas hati kot ngan aku / not for public)



10.08 pagi

Relief class 4 Dilligent memang best!!!!!!!!!!!!!!! budak intelligent la katakan. Dieorang ni peramah, baik lelaki or perempuan. Baru sat aku masuk, dieorang plak yang suh aku perkenalkan diri..Aku sih la dieorang yang tanyer apa yang nak tahu 4 aku jawab. Macam2 soklan ader...nama, rumah, adik-beradik, anak keberapa, marital status, ada bf or tak....Perghhhh.... Baru ingat nak amik pics ngan dieorang...bateri lak weak...sedey nie... Pagi tadi, aku tersalah tengok jadual exam, rupenyer aku kene bagi kertas exam Sivik kat dieorang ni....Ingatkan start kul 11 (time cikgu len), rupenmyer 10.30!!!!! Huhu, nasib bek ade budak yang bagitau.



Kids of 4 Dilligent, they are intelligent as well

Masa tengah jaga tu, ramai murid yang tanya perkataan2 yang dieorang tak tau cam 'cekal', 'dipulau', 'ruyung'. yang lawak sikit, mase ade budak tanyer aku 'ruyung' tu ape? aku bley plak pi cakap bekas untuk letak air...Mujurla aku cepat teringat yang tu peribahasa bila aku bace soalan tu n betulkan balik. Lagi satu, dieorang tanyer pasal bahagian subjektif part A. Aku pun tak reti kehendak soalan tu nak macam mana. Sekejap tu, cikgu next period datang...Aku bagitau la cikgu tu part yang budak2 tak tau n aku skali tak paham. Cikgu tu memang pakar la... Hah! Lagi satu yang aku terlupe, mase aku tanyer yang dieorang ni duk luar or dalam kem?. Ade tu berier siap tunjuk lagi umah die... "blok hujung skali tu (sambil menunjuk ke arah berek), tingkat 2 tapi tak nampak la dari sini cikgu",,,,huhuhu. Lawak tol...Nice kids....Inilah kelas paling ceria yang aku telah relief...Misz u all =)



The last memories of SKPT

The End of My Days in SKPT
Truly miss u all guys!!!


SBE series : happiness was started

Assalamualaikum w.b.t

Rabu 11/03/09

8.00 pagi

Tadi masa mula-mula sampai aku terus pergi ke pejabat untuk ambil kedatangan. Lepas tu, aku jumpa Encik Yunus untuk tanya jika ada kelas yang boleh aku relief. Ush!!!! nasib baik ada, siap dia cakap bagus rajin, nanti posting datang sini. hahahaha!!!! Heheheh!!!! Okay2...
Aku dapat untuk ganti kelas Puan Nuramirul Haiza. Kiranya ganti untuk jaga exam la ni. Kuikuikui.....nanti akan aku praktikkan latihan yang aku pelajari dari Encik Chin

Lepas breakfast, jam 8.00 aku ke Pra sekolah. Tengok cikgu Zuraida mengajar untuk pemerhatian bagi subjek Pendidikan. Overall okay, sekarang cuma tinggal untuk observe PJ & Agama



Cikgu Zuraida tengah mengajar


kalau tengok overall kelas ni, memang interesting

9.15 pagi

Sudah selesai observe untuk PJ. Bley la..... tapi memang tak berapa nak okay la....memang aku kena tokok tambah la nampak gayanya...WoOwoOwoO.... =(


aktiviti PJ yang tak seberapa


syoknyer main...


10.40 pagi


a few murid from 5 brilliant; aiyo...dik, takkan eja nama kelas pun xtau...

Aku masuk class relief ni awal tadi, suka benar budak-budak ni main-main dalam kelas plus buat bising.....!!!!!



11.00- 11.40

Exam English kelas 5 Brilliant ni bermula, lorrrr ada la plak budak ni pi tanyer aku 'adik' dalam BI apa? Pastu ramai la plak tenyer. Nasib bek la tu coz tak faham arahan jer....Yang aku tak boleh handle, tak sampai 1/2 jam da siap. Ape yang dijawab aku pun tak taula... Bila aku ronda2 check papers dieorang...."What the poor students there were".... jawab ntah pape...kesian aku kat dieorang ni. Tapi aku tolong la jugak sikit2... nak tolong banyak kang takut jadi kes la plak... Satu lagi yang aku tak boleh handle was, nyer pi calor pics yang ade kat dalam paper tu!!!! hampir kesemuanya mewarna.... =( Tapi, dieorang ni ok la...faham bahase la jugak and tak banyak kerenah. Bagus3x!!!


dieorang ni menjawab soalan or mewarna...


ade yang tido jugak...


12. 10 - now

Da habis waktu, aku pun keluar la. Tadi ada cikgu sains dah masuk. Nasib bek bukan aku yang kena kumpul kertas and bagi pada cikgu yang berkaitan. kalau tak jenuh aku nak fikir mana nak bagi papers tu. sekarang aku tengah duduk lepas di kantin....macam semalam la...tengik cerita philipine.... Lambat lagi nak 1.10 ni...lagi 20 minit...dah la aku sorang2 kat sini. Nanti sebelum balikkene report dulu nama di pejabat.... semalam aku tak wat....huhuhu

12.50 tgh hari

Tgh boring la nie.....Hu....


end of the day

TRULY ENJOY MY DAY



Monday, March 23, 2009

SBE series : very very bored VS very very miss


Assalamulaikum w.b.t..

Welcome to my journal about the moments when I was doing my School Based Experience at Sekolah Kebangsaan Pangkalan Tentera, Kuantan.



9 Mac 2009 - The 1st day, when I was lost almost in everythings


7.53 a.m -

This morning, I was late for school because of the wrong information. I went to Sekolah Kebangsaan Wira. When I was walking towards that school, suddenly I felt rather suspicious. I asked a student in front of that school, "Is this SK Pangkalan Tentera?" she said "No". Abruptly, I turned back and asked a woman. Again, the answer was 'No' and then she added..."The school is in the camp"


I called the school and notified that I have to get there through the Royal M
alaysian Air Force Base and seek for the past at the main gate.When I reach for the school's office, every single staffs here....like such a blur man...In addition, they were not even friendly...

Pas ini aku mintak dari army yang tengah holding gun machine

Now, I am truly sad. Donno what I am waiting for!!!! Earlier on Friday, I had called this school and I was given to understand that GB and their senior assistant
1 are not going be around along this week...But, SA for student's affairs and SA for co-curricular activities will be around...Then, Okay la...at least there will be somebody to help me. But, today there are NOBODY...Now I'm seating here...on this sofa and waiting for eternity, I hate this!!! My current target  is to finish up my tasks as fast as I can. Then, I want to relax...hehehe... Truly distracted . In the beginning, I though I only have to spend around 2 days on the tasks...But now...I am not so sure anymore.


sekolah yang harmoni dengan bangunan yang antik

10.54 a.m -

GPK C0-cu was quite helpful. I though it gonna be a little bit  tough for me to work on my tasks because all students are sitting for their exam for the whole week. For PE, I'm about to observe 2 teachers but it seems not going to work as planned. I have to re-plan the upcoming observation to ensure everything will be okay and all exaggerations which I'm going to do will looks real...Hahahaha...

Just now, I had done an interview with a few pupils on behaviour problems in their classroom.... They were so responsive, very nice...so sweet and clever... Really had a wonderful chat with them. And the most unpredictable thing was, a statement from 1 of them... she said " Done faster and then can do loafing!" Wawawawa....very intelligent ma...this kid. Pergh...How she knew ha?...(long laughter)

Ni la budak2 standard 5 yang best2 blake


12.48 a.m -

cikgu yang tengah kebosanan





1.05 p.m -
Yes!!! 5 minutes to go...

The end~~~~

Summary untuk hari ni...

Kaget la jugak mase tersalah skla pagi tadi... Ni abang aku la bagi salah info..actually aku da agak skola tu betul2 dalam kem coz based on address die... Tapi aku pun sebenarnya ingat dalam Kem. Bt. 10 (tentera darat), rupenye betul2 situated dalam pangkalan tentera udara. But, tu pun aku da la agak skit2 coz b4 aku pernah terjumpe dalam internet yang dieorang pakai Dewan Seri Angkasa kalau ade events... Mase 1st time nak masuk base tadi...cuak la coz ni first time aku masuk base tentera... selama ni tengok dari lua jer pangkalanyer... tapi syok pun ader... suasana kat dalam tu memang cam...best la...excited jugak!!! Nak pi skola ni memang takda sign board langsung... da hampir ke dalam perut base tu, baru ade. Tapi aku da mintak kat direction from army yang guard kat entrance tu... Pergh... bende len takmau...IC je acceptable to get the pas... brother tu panggil aku kak...takpo la... aku nampak tua kot... tapi, sila jauhkan machine gun anda dari akak ehhhh... skola tu da sedikit usang la...bangunan lama2...tapi antik la jugak, just tak dipelihara.. perasaan aku mase kat skola arini, bley la bace di jurnal aku kat atas...memang sukar la... nervous and bercampur dengan segala perasaan yang tak terungkap...




wassalam...

Wednesday, July 30, 2008

my 1st Date with BF : I'm not single



Aku ngan bf da plan nak pi tengok I'm not single ari khamis lepas... Alhamdulillah, seperti yang dirancang kami pun pi la kat Mid. memang cadang nak shopping kat sane trus.. maklumlah baru dapat durian runtuh...

aku ngan bf pi nek komuter, yg menarinyer mase nek lrt dari Cheras to Tasik selatan tak da sorang pun dalam tren.. sepanjang2 gerabak tue ader aku, bf ngan sorang sis India... da la panas, tok nyer pasang semer aircond...

movie kiteorang kul 5 ptg, sampai tu awal lagi... pusing2 la sikit n draw duit... kiteorang share beli pop corn big punyerrrrrr.... masuk je dalam cinema, bf aku cakap "memang dating sungguh r kite ni" coz nyer kiteorang dapat sit tepi tangga...sit double sahajer...heheh tak yah susa2 pi beli couple seat...uhuhuhu...

comment aku 4 criter nie... senang difahami n tak berat.. humor tu...memang ader... aku gelak la jugak time tengok... ader la plak ppuan ngigau camtue...eheheh, malu tol... kalu tengok ngan bf laki malu tol... da la gatal actornyer... nasib bek ngan bf wanita...

dari 5 stars.... aku bagi 3 stars jela...standard r kalu aku bagi star


Monday, June 30, 2008

faizah's surprise birthday party

kek befday faezah


assalamualaikum,

Dalam rumah kiteorang, befday faizah yang paling awal pada setiap tahun iaitu on early April... so, kiteorang housemates mithali ni nak wat la surprise kat dier... memang da lamer la gak plan... da nak hampir2 ngan tarikh tue, rupernyer die ader la argument skit ngan bf die... sangkut la skit kat situ... memang macam2 perancangan dan lokasi awal nak wat party tue... dari tasik permaisuri...konon2 la nak wat2 pi jog ngan die pastu bawak trus pi kfc... ader lak plan B, kot2 la ader masalah disaat2 akhir... aku pun da tak ingat sangat...tapi memang macam2 la back-up plannyer...


writer, zetty n befday girl

Kiteorang pun da plan tak nak wish die aritu, wat2 cam tak ingat la befday dier...hehe, tapi malam tue anez dan ain terpakser juger wish disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan dan untuk elakkan dari terkantoi...


Petang tue, pas balik klas...aku penat sangat sebenanrnyer... tapi kuatkan jugak...demimu Faezah...hehe. Tut2!! faezah cakap die nak kua pi town...mak aiii...aper nie. rosak ah plan kiteorang...bincang punyer bincang... atur strategi baru, aku cheah n faezah pi kua samer... n yang len wat2 cam stay kat umah...padahal dieorang akan menyusul ke sg. wang kemudian...


antara scene...

Nak pi sg. wang tue, tunggu ba rapid, punyer la lamer plak...geram tol... da sampai situ kiteorang pun pi la jalan2...sambil2 tue mesej ngan member len line clear tak...da ready ke blum kat kfc tue... lamer tue...yg len pun da ready... aku leyla plak cakap nak blanjer faezah makan kfc... die cayer la...hehe, mudah tol tipu budak nie... aku n cheah pun bawak la faezah pie... cheah ni bley la plak ntha macam maner tue nak cover die tengah mesej ngan geng len, cakap kat faezah tengah mesej bf die 4 tanyer location toilet katneh..lawak tol...

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! SURPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terkejut giler faezah tiber2 nampak housemates ader kat KFC...die terharu jugak la kot... kiteorang hadiahkan die pyjama...and ader la jugak kek... aku mase tengah2 duk makan tue nak kenekan faezah, kononnyer nak sapukan krim kek kat muker die... tapi aku ni la...pi wat slow motion plak...da la die dapat elak... lame skit pastu...aku cakap kat Faezah yang aku takkan lepaskan die....hehehehehe....kene la kau.... pas makan2 n jalan2 skit kiteorang pun blek...

salam. add; aku tak nah la plak ader surprise befday party... selebrate pun jarang..hehe


 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates