Pages

Sunday, May 10, 2009

Bina Insan Guru at National Zoo

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 27 April yang lalu, kelas saya dan sebuah lagi kelas pendidikan khas bermasalah penglihatan telah menjalankan program Bina Insan Guru Siri 3 di Zoo Negara, Ampang.
Program ini telah disertai oleh kira-kira 40 orang pelajar.


SEBELUM BERTOLAK


Saya tiba ditempat berkumpul pada jam 6.55 pagi, iaitu lima minit lebih lewat dari masa yang ditetapkan...tapi biasa la janji Melayu, tak ramai pun yang datang lagi. Saya pun tolong lah, mengangkut makanan yang telah ditempah dari Kak Bedah kat rumah dia (dekat jer). Tunggu punya la tunggu....sepatutnya dalam 7.30 dah kene bertolak, tetapi driver lak tak der. Rupenyer, driver tak tahu pun yang dia ada duty pagi itu. Tunggu la brother tu sampai kul 8 pagi baru bertolak. Kami sepatutnya tiba tepat jam 8.30 pagi tetapi kami hanya tiba lima minit lewat, kira okay jugak la tue.




sebaik tiba, kami diminta untuk beratur dalam kumpulan dan mendengar taklimat ringkas dari pekerja disitu. Kemudian, saya dan rakan-rakan lain telah diagihkan ke lokasi-lokasi tertentu. Saya telah sekumpulan dengan Anez, Aini, Sakini, Firdaus, Afiq dan Sudin. kami ditempatkan untuk membersihkan kawasan Beruang...menarik tue.


MENYAPU SAMPAH SARAP

Saya memulakan tugasan bersama-sama rakan wanita yang lain membersihkan tempat beruang bermain-main. Tetapi, sebelum itu kani didedahkan terlebih dahulu dengan beruang-beruang disitu yang besar-besar belaka...memang mantaplah, ada tu lawak tul beruang suka tidur, da la terlentang, mulut ternganga, mata cam half open...huhu


BERUANG POSING

Antara tugasan yang saya lakukan adalah menyapu sampah disekitar kandang... memang penat la menyapu. pada masa-masa terluang kami mengambil kesempatan untuk melawat disekitar zoo melihat haiwan-haiwan disitu. saya juga berkesempatan untuk melihat memerang yang comel-comel dan suka mengguling-gulingkan badan sambil tergaru-garu badan...hehehe


BADAK AIR SEDANG BERENDAM

Petang tu hujan, kerja kami untuk meberi beruang makan sedikit terganggu...eh, banyak terganggu sebenarnya... memang kebasahan lah kami ni. Siap duk berteduh dalam sangkar beruang lagi...huhuhu, semacam baunyer.... dari segi pemakanan, beruang ni agak memilih jugak lah, tapi kebanyakan mereka makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Yang tua2 makan jugak la daging. Ada beruang tu, suka curik makanan cellmate die, dah mengamuk yang sekor tue...heheheh



Disepanjang BIG ni, beberapa kumpulan lain ada bertugas di kandang-kandang tertentu seperti zirafah, burung, hippo dan lain-lain. Ada juga bertugas di dapur membantu menyediakan makanan bagi haiwan2...



Yang sedeynyer, ingat petang selepas habis bertugas hendak berjalan-jalan menangkap gambar, tetapi disebabkan hujan terpaksa dibatalkan,,,,,wawawawa. Tringin bangat nak amik pic ngan gajah dan zirafah....

BERUANG SEDANG MAKAN


.....THE END.....

0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates