Pages

Sunday, March 13, 2011

Tangkap Ikan : Kemahiran Motor


Assalamualaikum w.b.t

Untuk entri kali ni, saya agak penat nak bercerita...hehehe... walaupun sebenarnya saya memang suka bercerita...

Okaylah, antara aktiviti yang dilakukan adalah menangkap ikan menggunakan tangan... cuba bayangkan... kanak-kanak buta menangkap ikan talapia dengan menggunakan tangannya... terpegun juga saya tengok beberapa orang murid yang mampu... yang lain tu....hehehe... cikgu yang tangkap, then bagi kat dieorang... pastu terlepas plak.... tapi kire okay la... at least dieorang ada keinginan dan keberanian untuk masuk ke kolam dan mencuba menangkap ikan... tapi saya rasa la... dieorang ni nak main air je lebih.. :p

Dikalangan yang berani nih, ada juga yang takut.... aishhhh... da besar kot, kite nak makan ikan, bukan ikan tu yang nak makan kite...hehehe... takpe-takpe... lain kali berani la tuh.
Seronok sangat melihat telatah budak-budak ni... enjoy sangat dieorang... siap terduduk dalam kolam lagi... mencari-cari ikan dengan meraba-raba air... padahal takda ikan pon area dieorang tuh... So, saya dan mereka-mereka disekitar ini bising-bising la memberitahu kat mana ada ikan...

Saya sendiri, cuba juga menangkap ikan dari luar kolam..memang susah, ikan tu meronta-ronta...memang salute la kat adik-adik yang dapat tangkap... dah la tajam sirip ikan talapia tu.. ermmm... luka la jugak jari, tapi..... BEST... walaupun seekor pun tak berjaya ditangkap... sebenarnya...ni adalah pengalaman pertama saya menangkap ikan... before ni, duk siang ikan je la... :)

Selepas selesai kerja-kerja tangkapan, maka bermulalah kerja-kerja masak memasak... Saya tak buat ape sangat...yang mudah-mudah je. Cikgu-cikgu senior lah yang melakukan kerja memasak. Geng-geng yang lelaki ada yang menyiang ikan keli dan talapia...
Saya turut berkesempatan mengajar seorang murid buta memotong bawang... susah jugak la, tapi saya ada idea macam mana cara yang betul dan perincian kerja...cuma lebih banyak masa dan latihan diperlukan.

Lama jugak masa yang diambil untuk siap memasak ni. Kalau tak silap, dalam jam 4.00 petang baru siap. Lepas adik-adik makan, barulah kami cikgu-cikgu makan. Saya tak berapa makan sangat ikan talapia, sikit-sikit boleh lah. Tapi memang tak berapa nak lalu... Akan datang dah tak nak makan kot :)

Aktiviti sebegini memang best, kalau ade kesempatan, saya suka sangat... tapi tak nak dah la kolam skolah... sungai ke... hehehe... kalau ade orang nak bawa :)





0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates