Pages

Sunday, March 13, 2011

Kem Bestari Solat



Assalamualaikum w.b.t

Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama panitia Pendidikan Islam dan Moral SKPK Princess Elizabeth telah mengajurkan Kem Bestari Solat pada 17 Februari 2011 yang bertempat di Surau Nurul Iman.



Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator iaitu guru-guru sendiri. Saya telah membimbing kumpulan 23 yang terdiri daripada anak murid saya dari tahun 5 iaitu Hakim dan Hakimy.

Antara aspek yang ditekankan dalam kem ini adalah cara mengambil wudu', perlakuan dalam solat dan bacaan dalam solat. Seorang Ustaz telah dijemput bagi memberi bimbingan. Antara tugas saya adalah... mengajar, memperbetulkan dan menilai segenap aspek tersebut...



Sebenarnya, saya sendiri bukanlah sempurna sangat dalam kesemua aspek ini. Disamping membimbing murid, saya turut belajar dan memperbaiki lagi diri saya. Sememangnya penerangan dan perincian yang diberikan oleh Ustaz amat berkesan dan jelas. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari.

Semasa menjadi fasilitator ini, saya melihat adik saya yang buta mempunyai banyak kelemahan dalam aspek-aspek ini. Hakim pula, boleh melakukannya dengan baik tetapi masih memerlukan bimbingan. Saya perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada Hakimy. Sungguhpun begitu, dia seorang yang cepat belajar dan mempunyai keinginan untuk belajar yang tinggi. Contohnya, apabila kembali ke surau selepas waktu rehat, Hakimy memberitahu saya "Cikgu, saya dah ambil air sembahyang semula... macam yang cikgu ajar tu" katanya sambil tersenyum :)




Hakim merupakan seorang yang tidak lokek ilmu dan gemar membantu. Apabila saya meminta dia untuk membantu Hakimy dalam bacaannya, dia memberikan bantuan tersebut tanpa banyak soal dan dengan sabarnya mengajar Hakimy membaca doa Qunut berulang kali. Begitu juga semasa slot perlakuan dalam solat, Hakim begitu membantu.

Selepas program ini, selain dari objektifnya untuk memperbaiki aspek-aspek dalam solat murid, saya mendapati saya sendiri telah banyak memperbaiki diri saya sendiri. Semasa memberi bimbingan, saya turut sama mempelajarinya. Selain itu, program ini telah merapatkan lagi saya dengan murid-murid dan membolehkan saya mengenali tingkah laku mereka dengan lebih mendalam.

p/s Hakim and Hakimy best, thumbs up!


0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates