Pages

Sunday, March 13, 2011

Majlis Penyampaian Watikah Perlatikan Pemimpin Sekolah


Assalamualaikum w.b.t

Pada 14 Februari 2011, Majlis Penyampaian Watikah Perlatikan Pemimpin Sekolah telah diadakan di Dewan Tun Seri Lanang, SKPK Princess Elizabeth.
Murid-murid yang terlibat dalam penerimaan ini adalah adik Rafie yang comel, gentleman dan menyejutkan hati... iaitu ketua pengawas sekolah.... adik Nur Zafiena... suara lunak, manja, peramah, periang, menyejutkan hati juga... iaitu penolong ketua pengawas sekolah.

Selain itu, pengawas-pengawas sekolah yang lain adalah seperti Haikal, Aiman, Hakim, Syamil, Fatihah, Antasya dan Hafizah.

Tidak ketinggalan, pengawas-pengawas pusat sumber... ketua kelas, ketua-ketua unit beruniform, kelab & persatuan serta permainan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Sub Inspektor Saadon Bin Safee, iaitu Timbalan Ketua Balai, balai Polis Johor Sentral, Johor Bahru.

Beliau telah menyampaikan sedikit ucapan sebelum merasmikan majlis tersebut dan kemudiannya menyampaiakan watikah-watikah. Selepas penyampaian watikah tersebut, kesemua yang terlibat telah melafazkan bacaan ikrar. Akhir sekali, telah diadakan sesi fotografi bersama Sub Inspektor serta beberapa sesi bergambar susulan.




0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates