Pages

Sunday, June 6, 2010

...she was blessed with Anne Sullivan



Hari ini saya nak bercerita tentang kisah seorang yang bukanlah bernasib baik seperti kita. Ini kerana sewaktu berusia 19 bulan, beliau telah mengidap penyakit yang tidak diketahui lalu mengakibatkan buta dan pekak. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kecuali mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan khas.


Beliau adalah Hellen Adams Keller yang telah dilahirkan di Alabama, Amerika Syarikat pada 27 June 1880. Ayah seorang pesara tentera dan editor sebuah surat khabar manakala ibunya seorang wanita yang terpelajar. Hellen merupakan seorang kanak-kanak yang bijak dan beliau cuba untuk mempelajari persekitaran melalui sentuhan, bau dan rasa. Walaubagaimanapun, beliau mengetahui bahawa ahli keluarganya bercakap dengan menggunakan mulut dan bukannya isyarat seperti yang digunakannya apabila merasai pergerakan mulut mereka. Ini telah menjadikan Helen merasa marah dan sering memberontak.


Dalam sejarah hidupnya, 3 March 1887 dianggap sebagai 'soul's birthday' oleh Hellen apabila Anne Mansfield Sullivan telah datang ke rumahnya untuk bertugas sebagai guru peribadi. Pada awal kedatangan Anne, Hellen sering memberontak dan akibatnya Hellen sering melanggar, mencubit, menendang dan juga pernah menyebabkan gigi Anne patah. Anne berpendapat bahawa Hellen terlalu manja dengan ibunya lalu beliau telah mencadangkan agar Hellen dibawa tinggal berdua sahaja bersama gurunya di sebuah cottage yang tidak jauh dari rumah Hellen.


Berkat kesabaran dan ketegasan Anne menangani kerenah Hellen, akhirnya beliau berjaya memenangi hati dan mendapat kepercayaan kanak-kanak itu yang merupakan langkah awal untuk meneruskan pembelajaran mereka. Anne menggunakan teknik yang dibangunkan oleh Samuel Gridley Howe iaitu dengan mengeja di tapak tangan murid nama-nama objek yang terdapat disekeliling. Hellen sangat menyukai proses pembelajaran mereka ditambah pula Anne mengadaptasikan aktiviti-aktiviti kesukaan Hellen serta minatnya terhadap alam semulajadi ke dalam pembelajaran.
Sebenarnya, Hellen tidak mengetahui apakah makna-makna huruf yang dieja di tapak tangannya serta perkaitan huruf-huruf tersebut dengan objek yang disentuhnya. Beliau tidak memahami bahawa setiap objek disekeliling mempunyai nama-nama tersendiri sehingga pada satu saat penting iaitu Anne telah mengepam air dan mengalirkannya di tangan Helen. Ketika itu barulah Helen memahami bahawa objek yang disentuhnya itu adalah dipanggil 'w-a-t-e-r'. Sebelum ini beliau hanya mengetahui objek tersebut adalah sesuatu yang sejuk dan mengalir ditangannya.

Apabila pulang ke rumah, Hellen mula menyentuh objek-objek di rumahnya dan meminta Anne untuk mengeja nama objek-objek tersebut. Detik tersebut telah membawa kepada perkembangan pembelajaran Hellen yang akhirnya mejadikan beliau seorang ilmuan yang dikenali serata dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, boleh melayari laman web dengan menaip 'Helen Keller'.


Ini adalah sedutan dari filem yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Helen sehingga beliau mampu mengerti makna perkataan.


0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates