Pages

Sunday, November 9, 2008

Sejarah diingatanku : MIG terhempas


Pada tarikh 9 November 2004, aku masih ingat sewaktu itu bulan puasa dan aku masih di tingkatan 4. Waktu ini, kami pelajar di SMART telah selesai menduduki peperiksaan akhir tahun. Walaupun sudah tiada kelas, aku tetap ke kelas seperti biasa. Pagi itu, aku seperti biasa menunggu bas bersama-sama Madihah kawan aku sejak kecil lagi. She was a birthday girl on that day.


Tiada apa yang luar biasa pada hari itu. Semua biasa sahaja, cuma bilangan pelajar di sekolah mula berkurangan dek sudah selesai peperiksaan. Hari itu juga, sebuah pesawat TUDM iaitu Mig-29N terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kemaman. Menurut berita pada malam itu, juruterbang pesawat terbabit telah keluar dari pesawat dengan menekan butang kerusi anjal dan usaha menyelamat maih di teruskan.


Beberapa hari kemudian, juruterbang tersebut berjaya ditemui tanpa mengalami kecederaan parah. Alhamdulillah. Hopefully, selepas ini, tiada lagi kemalangan sebegini yang amat merugikan aset-aset (juruterbang) negara.


0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates