Pages

Sunday, March 13, 2011

Tilawah & Hafazan Al-Quran II


Assalamualaikum w.b.t

Saya melihat program ini sebagai satu usaha dan komitmen yang baik daripada seluruh warga sekolah, terutamanya barisan guru. Aktiviti ini mampu menggilap keupayaan sedia ada murid, mengcungkil kebolehan murid dan membina keyakinan dalam diri murid untuk memperdengarkan bacaan dikhalayak ramai.

Semasa program ini, satu perkara yang mencuit hati saya adalah apabila melihat seorang murid saya menangis... sangat comel, walaupun begitu, dia masih meneruskan juga bacaannya... tapi kalau tak silap saya, sewaktu sesi hafazan...murid tersebut tidak turut serta.

Seorang lagi murid saya dari tahun 3 Amanah yang bersuara manja dan perangainya juga manja... telah tersangat sangat mengejutkan saya, tatkala kali pertama mendengar bacaannya.
Tak sangka suara comelnya bertukar sangat lunak sewaktu mengaji.
:)



0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates