Pages

Monday, June 30, 2008

KOst


Bagi yang tak tau lagi, aku memang suker istana lama Europe. Cam yang aku da sebut kat you tube prinsezzin fantaghiro. Kiranya masuk dalam lingkungan sejarah Negara la…walaupun bukan Malaysia. Antara istana lama yang aku suka yang kat German dan Eropah Timur. Lagi best yang duk kat tengah-tengah hutan belantara… gambar-gambar ni aku amik kat website n kalu korang nak tengok bley la layari website kat favourite link aku.

Istana Kost ni dibina pada pertengahan kurun ke-14 oleh Beneš of Vartemberk. Tetapi pembinaannya hanya disudahkan oleh anaknya iaitu Petr pada pengakhiran kurun ke-14. Persekitarannya amat cantik dan terletak di kawasan berbatuan pasir. Bentuk istanan ini tak banyak berubah dari bentuk asalnya. Istana ini mempunyai 6 menara yang dipanggil White Tower.

Dalam tahun 1414, istana ini telah dimiliki oleh Zajícs of Hazmburk. Pada 1497-1524, istana ini kemudiannya digunakan oleh Šelmberks yang mana telah mengubahsuai bahagian sayap barat istana. Istana Bibernštejn telah dibina bersebelahan jalan istana pada pertengahan kurun ke-16. Lobkowics yang menduduki istana ini sejak 1585 telah mengukuhkan lagi pertahanan istana dengan membina tembok. Pelbagai senjata dari kurun ke-17 hinggalah ke-19 boleh dilihat di dewan besar.

0 comments:

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates