Pages

Monday, June 7, 2010

Picnic with teman2 sekuliah



LOKASI : Templer Park, Rawang
TARIKH : 9 May 2010
MASA : 10 pagi - 3.30 petang
JUMLAH : 5 wanita 7 laki-laki

MENU :
  1. Ayam (BBQ) = 4 ekor
  2. Nasi Goreng = 2 kilo / 2 jenis
  3. Nugget = 2 kilo
  4. Sosej = 2 bungkus (besar)
  5. Sandwich = 3 bungkus (jumbo)
  6. Tembikai = 1 biji
  7. Air Sarsi = 1 tong
Pre - AKTIVITI :

Rumah Sakini (9.30 malam - 1.30 pagi / Selepas Suboh - 7.30 pagi)

Tindakan (Diyana, Sakini, Anez, Aini & Firdaus)


Rumah Diyana & Anez (Selepas subuh - 7.30 pagi)

Tindakan (Diyana & Anez)
  1. Menanak nasi dan memasak nasi goreng
  2. Menyediakan bahan memasak nasi goreng
  3. Menyediakan inti sandwich
  4. Memotong tembikai
  5. Menggoreng nugget
  6. Menyediakan sandwich
p/s : pre-aktiviti di rumah laki-laki adalah menyediakan ayam bagi barbeque
pada hari Rabu sebelumnya, wanita memborong barangan di Tesco Taman Midah

PERISTIWA DI HARI KEJADIAN

Saya begitu teruja untuk bersama-sama rakan sekelas pergi picnic di Templer Park...Ini merupakan kali pertama kami bersama-sama keluar ber'picnic'... Pada hari tersebut, tepat jam 7.30 pagi seperti yang telah dijanjikan saya dan Anez telah bertolak dari rumah ke rumah Sakini untuk mengambil rakan-rakan wanita yang lain serta barangan makanan yang telah kami sediakan. Proses ini agak memakan masa kerana kami terpaksa berulang-alik dua buah motor untuk mengangkut kesemuanya.


Dipendekkan cerita, kami selesai mengangkut dan mula tunggu di tepi jalan berhampiran blok pentadbiran pada jam 8.30 pagi. Tetapi tiada seorang pon rakan-rakan laki-laki yang kelihatan. Namun begitu, saya ketahui beberapa orang sedang mengusakana untuk mendapatkan pengangkutan tambahan. Kami menunggu dan terus menunggu sehingga rakan-rakan tiba, sehinggakan ada rakan-rakan yang tiba lebih awal telah memakan makanan yang disediakan untuk perkelahan ini ditepi jalan tersebut. kami turut telah ditegur oleh beberapa kakitangan kampus termasuklah warden tentang apa yang kami lakukan ditepian jalan ini.
(Pengalaman menarik yang tidak kami lupakan)


Akhirnya lebih kurang jam 10 pagi, barulah kami dapat bertolak. Perjalan ini begitu menarik dengan konvoi 3 buah kereta. Rakan-rakan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Firdaus...hehehehe... kami berborak-borak disepanjang perjalanan ini. Sebaik saja tiba disebuah pekan berhampiran Templer Park, kami telah berpusing-pusing terlebih dahulu untuk mengisi minyak, membeli jaring pembakar dan ais.


Hampir ke jam 11 pagi, kami tiba di Templer Park dimana keadaanya mulai mendung dan beberapa minit kemudian hujan mulai turun. Untuk sampai ke lokasi yang sesuai, kami terpaksa mendaki agak tinggi dan saya juga merasa semput...fuhhhhhh.... kami bertungkus lumus mendaki dan terus mendaki ehingga berjumpa pondok yang tiada berpenghuni.... semasa pendakian tersebut, rakan saya iaitu mohamad telah ditugaskan untuk memikul tong berisi air... saya melihat dia begitu bersusah payah... kami amat berterima kasih kepada beliau...




Hujan masih lagi turun, rakan laki-laki mulai menyediakan tempat untuk memanggang... sedang itu, kami juga mulai makan bekaan yang dibawa... antara makanan yang mula dijamah adalah nugget...ada yang memilih nugget yang 'sedap' iaitu nugget ramly... hahaha... saya sangat respect dengan rakan laki-laki kerana begitu tabah di dalam kehujanan mencari batuan dan tekun menyediakan tempat memanggang buatan sendiri on the spot....



Lama kelamaan sedang membakar ayam, tanpa disedari hujan mulai reda... kami mula mencari spot yang baik untuk mandi-manda.... kami mandi dan makan-makan dengan seronoknya... makanan yang dibawa sangat banyak dan enak-enak belaka... malangnya nasi goreng kurang mendapat sambutan... ayam sangat best, begitu juga sosej dan nugget... sandwich buatan Aini juga sangat enak dan saya masih tercari-cari walaupun sandwich tersebut rupanya telah habis.


Setelah hampir ke jam 1.30 tengahari...kami beramai-ramai telah ke air terjun sekali lagi dan mengambil gambar kenangan bersama teman-teman sekuliah. Sebenarnya, beberapa minit sebelum itu saya dan Aini telah seronok bermain-main disitu sehingga kesejukan tanpa Anez, Sakini n Firdaus. Mereka enggan join kami berdua (rugi la korang!!!!!)
Sesungguhnya pengalaman pada hari itu amat menyeronokkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kami =)



Ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang menyertai picnic tersebut. Pada yang tidak pergi, anda memang rugi... lain kali kite pergi yer....


SEKIAN TERIMA KASIH



1 comments:

AnisAdni said...

uitt! sudah kembali? sy amek buh blog awk dlm blog list sy (minta izin) :p

blog saya tuka baru http://bukucatatananez.blogspot.com/

selamat berblogging :p

 
Copyright 2012 DiyanaVille. Powered by Blogger
Blogger by Blogger Templates and Images by Wpthemescreator
Personal Blogger Templates